Khamis, 27 April 2017

15 Cara Untuk Mengelakkan Kencing Manis Semasa Mengandung: Bahagian 1

Kencing manis, yang manis hanyalah pada nama tetapi tidak pada keadaan sebenarnya. Kencing manis semasa mengandung, yang juga dikenali sebagai Gestational Diabetis Mellitus (GDM) adalah suatu keadaan yang serius dan sering terjadi semasa mengandung.


Mesti setiap ibu mengandung risaukan keadaan ini kan?

Jangan risau atau jangan menangis di bucu katil ye. Ini kerana, kencing manis semasa mengandung boleh dicegah atau risiko untuk mendapatnya dapat dikurangkan.

Sememangnya tiada jaminan yang dapat saya berikan, tetapi semakin baik anda menjaga tabiat yang sihat sebelum dan semasa mengandung, semakin baik keadaan anda dan bayi anda selepas itu.

Fasa Untuk Mengelakkan Kencing Manis Semasa Mengandung

Terdapat 4 fasa dalam mengelakkan kencing manis semasa mengandung.
  1. Menentukan Faktor Risiko
  2. Mengurangkan Risiko Dengan Pemeriksaan Perubatan
  3. Mengurangkan Risiko Dengan Diet
  4. Mengurangkan Risiko Dengan Senaman

Fasa 1: Menentukan Faktor Risiko


1) Dapatkan sejarah keluarga

  • Mengetahui perbezaan Diabetis Jenis 1 dan Diabetis Jenis 2
  • Bertanyakan tentang sejarah diabetes dengan saudara-mara terdekat anda
  • Risiko anda akan bertambah sekiranya ahli keluarga terdekat seperti ibu bapa atau adik-beradik adalah pesakit Diabetis Jenis 2. 

2) Menentukan faktor-faktor risiko yang lain


Terdapat beberapa faktor risiko lain yang perlu dititikberatkan termasuklah:

  • Keturunan Hispanic, Afrika-Amerika, Native American, Asia Amerika, atau Pacific Islander.
  • Berat badan berlebihan sebelum kehamilan anda.
  • Berusia 25 tahun atau lebih tua.
  • Mempunyai sejarah GDM pada kehamilan sebelumnya
  • Mempunyai sejarah melahirkan bayi yang besar atau kelahiran mati
  • Mempunyai sejarah ujian gula dalam darah yang abnormal seperti glycosuria iaitu gula dalam air kencing
  • Mempunyai sejarah sindrom ovari polisistik (Polycystic Ovarian Syndrome)

3) Membuat Perancangan Mengandung




Membuat perancangan mengandung bersama-sama doktor anda untuk membuat pelan mengandung bagi membuat persediaan dari segi fizikal, mental dan emosi. 

  • Membuat pemeriksaan gula dalam darah seawal 3 bulan sebelum merancang untuk mengandung.
  • Membuat rancangan penurunan berat badan antara 5% - 7% daripada berat badan sebelum mengandung (jika mempunyai berat badan berlebihan)

Nampak tak, betapa pentingnya mengambil berat setiap risiko yang ada dan membuat rancangan walaupun untuk mengandung. Untuk mengelakkan kencing manis semasa mengandung fasa yang berikutnya akan saya perincikan di dalam artikel yang akan datang.

Jadi, pastikan anda ikuti setiap perkembangan dan tips dari saya. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan khidmat nasihat atau bantuan berkenaan kencing manis semasa mengandungi, sila hubungi saya seperti butiran di berikut.

=======================================================================
Pengedar Sah Shaklee Kuantan, Pahang: 

Syazwani Tajidin(Shaklee ID: 926187)

019-2508903
(WhatsApp/SMS)

COD: Bandar Kuantan, Bandar Indera Mahkota
Pos: Penghantaran ke seluruh Malaysia

Rabu, 12 April 2017

5 Tips Elakkan Gastrik Semasa Puasa Sampai Kena Cucuk

Pejam celik, pejam celik, sekejap je. Ni dah masuk Rejab. Lepas tu Syaaban. Tak sampai berapa hari lagi, masuk Ramadhan pulak. Yang mana ada penyakit yang selalu datang masa Ramdhan tu, memang berdebar-debar je kan? Agaknya doktor dan jururawat pun dah pakat ready nak tunggu ramai pesakit melawat klinik diorang nanti. Betul tak?


Ramadhan, bulan mulia yang sangat dinantikan oleh umat Islam seluruh dunia. Bulan yang sangat mulia dan terdapat seribu rahmat di dalamnya. Tapi, dalam pada tu, buat penderita gastrik pun mesti berdebar-debar. Ternanti-nanti adakah gastrik itu akan datang kembali dan menyerang seperti tahun-tahun sebelumnya. Betul tak?

Jadi, sebagai persediaan Ramadhan yang bakal tiba, mama akan kongsikan 5 tips untuk elakkan gastrik dari menyerang di bulan puasa.

Adakah gastrik menghalang dari puasa?

5 Tips Elakkan Gastrik Semasa Puasa Sampai Kena Cucuk

Sebenarnya, masalah gastrik ini tidak menghalang kita dari berpuasa jika kena cara dan ada langkah pencegahan yang dibuat lebih awal.

Sebelum itu, kita kena tahu dan faham kenapa gastrik boleh terjadi. Gastrik terjadi apabila perut dalam keadaan kosong dan berehat, maka rembesan asid hidroklorik dari dalam perut akan menurun. Faktor itu yang menyebabkan gastrik kerana lapisan perut tadi yang sepatutnya menghasilkan lapisan mukosa. Disebabkan lapisan mukosa ini tidak dihasilkan, maka asid hidroklorik yang digunakan untuk mencerna makanan akan menghakis lapisan perut. Itu yang menyebabkan rasa pedih perut. 

Simptom gastrik 

5 Tips Elakkan Gastrik Semasa Puasa Sampai Kena Cucuk

- Sakit pada bahagian perut atau abdomen
- Rasa tidak selesa pada bahagian perut
- Perut terasa berangin dan pedih
- Loya dan muntah
- Kembung perut, sendawa atau kerap kentut selepas makan
- Berat badan turun mendadak
- Muntah berdarah
- Najis menjadi hitam

Tips Elakkan Gastrik Semasa Puasa

1) Berbuka dengan ala kadar tetapi menu yang sihat dan bertenaga

Ini mengambil sunnah Rasulullah yang sebenar. Segerakan waktu berbuka serta minum air manis dan makan yang manis seperti sedikit kurma terlebih dahulu, dan solat Maghrib terlebih dahulu sebelum mengambil makanan berat.

Makanan berat pulak, diambil dalam kuantiti yang sedikit. Kira macam tak nak bagi perut kita terkejut la.

2) Makanan sedikit tetapi kerap

Kalau yang ni, mama buat macam ni. Mama bawak bekal kurma atau kismis ke masjid untuk terawih. Jadi, setiap 4 rakaat terawih, mama akan makan 2 biji kurma. Balik dari terawih, mama akan makan lagi sedikit. Yang ni makanan berat juga tapi bukan nasi. Contohnya macam mee atau roti.

3) Lewatkan Sahur, segerakan Berbuka

Ini pun memang bersesuaian dengan sunnah Rasulullah. Lewatkan sahur. Selalu setengah jam sebelum imsak baru mama akan bersahur. Kira dalam pukul 5 pagi baru mama akan bersahur. Dan masa sahur, mama tak makan banyak. Mama akan makan setengah pinggan nasi sekadar untuk memberi tenaga awal pagi untuk bekerja je. Lepas tu mama akan minum bancuhan ESP dan Performance Drink untuk tenaga yang kekal sampai petang. 

4) Kurangkan kafein dalam minuman

Ini memang mama pantang. Tiada sebarang pengambilan kafein semasa bersahur atau berbuka. Tetapi sekiranya anda adalah penggemar teh, anda boleh ubah kafein tu kepada Cinch Tea. Iaitu teh untuk sihat. Tetapi mampu memberikan tenaga. Yang ni sesuai minum semasa berbuka. Jadi anda akan rasa lebih segar dan bertenaga untuk berterawih.

5) Elakkan makanan yang merengsakan perut

Kurangkan makanan yang bergoreng, berminyak, dan pedas serta berempah kerana jenis makanan ini akan mengganggu sistem penghadaman perut anda.

Sememangnya, kita akan berusaha untuk buat yang terbaik dalam ibadah kita. Kalau gastrik selalu menyerang, memang kita akan rasa terganggu dengan keadaan ini semasa berpuasa kan? Dah la tak boleh puasa, lepas tu melepek kat rumah tak boleh nak uruskan rumah tangga. Tak boleh pergi kerja, nak kena MC bagai. Kan susah. Padahal bulan puasa ni juga adalah bulan yang paling bermakna untuk kita sekeluarga, sebab waktu berbuka, kita mesti nak tengok keluarga kita gembira dan enjoy dengan masakan dan air tangan kita kan. Sebab itulah kita kena berusaha dari awal untuk elakkan masalah gastrik dari menyerang semasa bulan puasa.

Sekiranya berminat untuk mendapatkan Set Gastrik Lengkap yang awesome dari Shaklee yang semulajadi dan berkualiti tinggi ini, boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan seperti di bawah.


=======================================================================
Pengedar Sah Shaklee Kuantan, Pahang: 

Syazwani Tajidin(Shaklee ID: 926187)

019-2508903
(WhatsApp/SMS)

COD: Bandar Kuantan, Bandar Indera Mahkota
Pos: Penghantaran ke seluruh Malaysia

Jumaat, 7 April 2017

Resepi Puding Roti dengan Sos Kastad

Rasa dah lama tak makan puding roti. Bila perut bergelora bagaikan ditengah lautan, macam-macam makanan yang berlayar di pandangan mata. Kus semangat macam ni.

Di kesempatan yang ada ni, saya kongsikan dulu resepi Puding Roti dengan Sos Kastad sebelum kita eksperimen setelah lama berpencen dari medan perang di dapur.


Puding Roti dengan Sos Kastad

Bahan-bahan:

Bahan A
8 keping roti Gardenia
Susu segar 500 ml





Bahan B






2 sudu besar butter - Cairkan atas api

4 sudu besar gula halus

2 biji telur

1 sudu teh esen vanila

1 susu besar tepung jagung

2-3 sudu besar kismis

Bahan C (Sos Kastad)

1 tin susu cair

1 sudu teh esen vanila

2 sudu besar tepung kastad


Cara-cara membuatnya:

Bahan A

1) Koyak roti dan rendam dengan susu segar selama 30 minit.

Bahan B

1) Kacau dan gaulkan sehingga sebati kecuali kismis.
2)  Tuang ke atas roti yang direndam tadi (bahan A).
3) Taburkan kismis atas adunan.
4) Bakar selama 30 minit atau sehingga masak pada suhu 180 darjah celcius.

Bahan C

1) Campurkan semua bahan dan gaul rata.
2) Masak atas api sederhana hingga agak pekat.
3) Tuang adunan atas puding roti semasa menghidang. Sedia dimakan semasa panas atau sejuk.

* Untuk cara buat, nanti saya akan tambahkan gambar setiap langkah buat puding ini. 


Menu minum petang yang santai dan mudah untuk dicuba. Memang rugi kalau tak cuba. Kalau takut lepas makan tu lemak naik, telanlah Omega Guard cepat-cepat. Jadi, cepat juga lah lemak tu dicairkan.

Tips Menjadi Manusia Bersyukur

Perasan tak, kita ni selalu sangat mengeluh dengan semua benda. Susah sikit mengeluh. Konon dugaan tu di luar kemampuan kita kan? Senang sangat pun mengeluh. Konon tak adventure pulak. Tiada cabaran. Jadi hidup ni macam tak syok pulak. Smooth sangat perjalanan ni.


Tanpa kita sedar, kita dah jadi manusia yang TAK TAHU BERSYUKUR! Nak jadi manusia bersyukur, bukan senang kalau tak kena caranya.

Di sini saya akan kongsikan hanya 1 tips untuk jadi manusia bersyukur.

Mudah je caranya. Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

1) Buku Nota

Jadikan 1 Buku Nota Kecil Khas Untuk Buku Syukur

2. Pen Warna-warni

Pen warna-warni akan menjadikan setiap ayat syukur itu lebih cantik dan warna-warni seperti indahnya kehidupan. Sebenarnya ini lebih kepada untuk motivasikan diri.


 Sekarang dah cukup 2 bahan utama? Apa yang perlu anda lakukan sangat mudah. Apa yang perlukan anda lakukan pada setiap malam adalah seperti berikut:


Tuliskan semua nikmat yang telah Allah kurniakan kepada anda sepanjang hari ini.

Baca setiap pagi setiap perkara yang telah anda nikmati pada hari sebelumnya.


Tulislah walaupun sekecil-kecil perkara seperti anda dapat tidak kelaparan walaupun berpuasa sepanjang hari. 

Insha-Allah cara ni akan mendidik kita menjadi lebih bersyukur. Dari syukur, barulah hidup kita akan bertambah bahagia.


Senang ke Senang?

7 Sebab Perlu Ambil Suplemen

Kesihatan adalah anugerah yang tidak ternilai. Dalam memastikan kesihatan yang baik, pengambilan suplemen haruslah dijadikan sebagai rutin harian. 

Tetapi masih ramai yang beranggapan bahawa selagi tiada sebarang penyakit,suplemen adalah bukan satu keperluan untuk badan. Di sinilah pentingkan untuk kita memahami beza antara suplemen dan ubat.

7 Sebab Perlu Ambil Suplemen


Suplemen adalah makanan tambahan yang mempunyai zat-zat makanan mikro yang diambil untuk mengekalkan kesihatan yang baik. Boleh rujuk di SINI.

Ubat adalah dadah atau bahan yang diambil untuk mengurangkan simptom atau penyakit. Boleh rujuk di SINI.

 KENAPA PERLU AMBIL SUPLEMEN?


 1) Terdedah kepada pencemaran alam sekitar dan radikal bebas.




2) Dos nutrien yang diperlukan badan tidak mencukupi.



3) Buah-buahan dan sayur-sayuran yang tercemar akibat racun serangga atau bahan kimia.



4) Gaya hidup tidak sihat seperti merokok dan kurang bersenam.



5) Rutin pemakanan harian yang tidak seimbang.




6) Gangguan penyerapan nutrien akibat pengambilan kafein, gula dan garam secara berlebihan




7) Kehilangan nutrien dalam makanan dari cara penyediaan makanan.




Kini tiada lagi alasan untuk anda semua nafikan pengambilan suplemen kan? Tetapi apa yang paling penting dalam memilih suplemen adalah memastikan suplemen yang diambil adalah selamat untuk diambil bagi jangka masa panjang, telah dikaji dan diperbuat dari bahan semulajadi. Jangan kita berlengah lagi kerana kesihatan adalah sesuatu yang sangat berharga. Laburkan sedikit wang bagi membeli suplemen yang sesuai dengan keperluan badan kita. Jangan terlalu kedekut sedangkan kita membazir wang untuk perkara lain yang belum tentu ada manfaatnya.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan suplemen yang awesome dari Shaklee yang semulajadi dan berkualiti tinggi ini, boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan seperti di bawah.


================================================================

Pengedar Sah Shaklee Kuantan, Pahang: 

Syazwani Tajidin(Shaklee ID: 926187)

019-2508903
(WhatsApp/SMS)

COD: Bandar Kuantan, Bandar Indera Mahkota
Pos: Penghantaran ke seluruh Malaysia

Salam Perkenalan

Dah berjujuk entri baru nak berkenalan? 

Maaf la ye, lately ni saya termakan semut pulak. Lupa pulak nak 'UP' sekali pasal diri sendiri. Ye la. Kalau tak kenal, macam mana nanti anda semua nak percayakan saya pulak kan?



Terlebih dahulu, saya kenalkan diri saya sebagai Syazwani binti Tajidin. Tapi dalam family, semua panggil saya "ALANG". Panggilan Alang ni kira refer untuk anak ketiga dalam keluarga la. Tapi dikalangan rakan-rakan, mereka cuma meanggilkan nama pangkal saya, WANIE. Dan, untuk bisnes pulak, saya lebih senang guna nama SYAZ. Sebab itu nama pendaftaran perniagaan adalah Syaz Biz Trading.

Raya Pertama Besama Imam Muda Ketika Berusia 5 Bulan

Saya telah dilahirkan di Megat Dewa, Kedah pada 19 Mei 1988 dan telah mendirikan mahligai impian dengan suami terchenta, Izzuddin Shah bin Kamal pada 9 Februari 2013. Hampir setahun mendirikan rumahtangga, kami dikurniakan rezeki yang tidak ternilai. Kelahiran cahaya mata yang pertama, Muhammad Haziq bin Izzuddin Shah pada 7 Februari 2014, seorang imam muda yang ternyata memberikan sinar dalam keluarga kecil kami. Hadiah anniversary pulak tu.

Saya ni hidup nomad. Banyak merantau mengikut keluarga disebabkan pekerjaan abah sebagai seorang anggota polis. Sebab tu, walaupun lahir di Kedah, tetapi saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Convent Lebuh Light, Pulau Pinang (1995-1998) sebelum mengikut keluarga yang berpindah ke Terengganu. Di sana, saya telah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam, Terengganu (1998-2000). Seterusnya, saya meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Terengganu (2001-2005). Pada tahun 2006, saya telah ditawarkan ke program Diploma Fisioterapi di UiTM Jalan Othman, Selangor dan telah berjaya menamatkan pengajian pada 2009. Kini, saya menyambung kembali pengajian saya ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi dan kini tinggal 2 semester je lagi untuk menghabiskan pengajian. Fuh. Berpeluh beb bila belajar secara PJJ ni. Jadi, kalau anda berniat nak sambung study, silalah buat full time. Hihihi.

Bersama rakan sekelas, Batch pertama E-PJJ Bachelor in Physiotherapy. Kelas bersama Tn Hj Bahaman Jamaluddin, kelas Therapeutic Exercise

Bagi yang belum tahu, saya adalah seorang fisioterapis di International Islamic University Malaysia (IIUM), Kuantan Campus dan mula berkhidmat pada tahun 2009. Kira sekarang ni dah hampir 8 tahun saya berkhidmat. Fuh. Dah lama rupanya. Rasa macam baru semalam je report duty. Hehehehe. Selama hampr 8 tahun ini, memang tersangat banyak pengalaman dan ilmu yang telah saya peroleh. Di bawah bumbung Department of Anaesthesiology & Intensive Care, saya telah di tempatkan di Multidisciplinary Pain Management Unit. Unit ini merupakan satu bidang perubatan baru yang lebih khusus dalam menangani pelbagai kes yang melibatkan sakit kronik.



Bidang perniagaan ini merupakan satu bidang yang telah lama saya minati. Saya mula berniaga dari zaman kanak-kanak. Tolong hantarkan kuih yang mak buat ke stall dekat dengan rumah, jual sir soya panas dari rumah ke rumah, sampai la bila dah kerja saya jual tudung di pejabat pulak. Tidak lama selepas itu, saya mencuba perniagaan servis percetakan yang bermula pada tahun 2012. Alhamdulillah perniagaan ini masih berjalan walaupun tidak terlalu aktif seperti sebelum ini. Dan yang terbaru pulak, saya juga menjalan bisnes emas online. Beli emas dapat emas. Haaaa.. Best kan?

Salam Perkenalan, Percetakan
Bisnes Percetakan. Ini Projek Printing untuk Raya 2016.
Projek Raya 2016. Kek Lapis Sarawak. Resepi Asli Orang Sarawak. Memang Marvellous. 

Bisnes Emas. Beli Emas, Dapat Emas. Dan Bisnes Ini Lebih Menekankan Kepentingan Simpanan Emas. Separuh Keuntungan Dari Setiap Perniagaan, Saya Tukarkan Kepada Kepingan Emas.

Bisnes dengan Shaklee bila pulak?


Bisnes bersama Shaklee pulak bermula pada tahun 2013. Pada awalnya, saya cuma menggunakan produk ini hanya untuk kegunaan sendiri, akhirnya menjadi salah satu cabang perniagaan sampingan saya setelah merasai sendiri kebaikannya. Jadi, bagi saya benda baik haruslah dikongsikan. Betul tak?

Dan disebabkan penglibatan saya secara langsung di dalam perniagaan, saya mula memilih hobi yang bersesuai sebagai bakal usahawan berjaya, iaitu membaca. Bacaan yang selalu menjadi pilihan adalah jenis motivasi serta perniagaan. tidak kurang hebatnya pembacaan dari bidang kesihatan dan kecantikan. Ternyata begitu banyak ilmu baru yang akan kita dapat kerana bidang kesihatan ini agak luas bidangnya. Malah, topik yang lebih ringan seperti topik kekeluargaan, rumahtangga, dunia jahitan dan masakan juga akan menjadi tatapan di kala hujung minggu. Sebenarnya, lagi banyak kita membaca, lagi banyak ilmu yang kita dapat. Tidak kira pembacaan itu dari buku atau penulisan artikel di internet. Banyak yang boleh kita manfaatkan dan kongsi bersama teman-teman yang lain.





111 Formula Tarik Rezeki adalah antara salah satu buku yang akan sentiasa saya ulang tayang dari kulit ke kulit selain daripada buku Mudahnya Menjempur Rezeki karya Ustaz Fathuri. Setiap tulisan dan ayatnya memang membuatkan kita tersentap dan terjaga dari lena yang panjang. Sebab itu, saya sangat suka membaca buku-buku berunsurkan motivasi seperti ini. Sangat sesuai untuk dihayati oleh golongan manusia yang selalu buat kesilapan dan terfikir tentang dimana silap kita sampai selalu tak cukup duit. Dan sesuai untuk golongan usahawan kerana banyak formula yang kita semua boleh usahakan dalam menjemput rezeki dari-Nya.

Akhir kata, salam perkenalan dari saya buat anda semua. Sekiranya anda ada sebarang persoalan dan pertanyaan sama ada dari segi kesihatan, kecantikan atau apa saja, boleh hubungi saya. Insha Allah saya akan sedaya-upaya membantu anda merungkaikan setiap permasalahan yang ada dengan izin dari-Nya.

Dan, sekiranya anda berminat memulakan perniagaan dan membuat bisnes tetapi tiada idea, boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan seperti di bawah.



=======================================================================
Pengedar Sah Shaklee Kuantan, Pahang: 

Syazwani Tajidin(Shaklee ID: 926187)

019-2508903
(WhatsApp/SMS)

COD: Bandar Kuantan, Bandar Indera Mahkota
Pos: Penghantaran ke seluruh Malaysia

Jumaat, 31 Mac 2017

Lenguh Kaki Semasa Hamil: Bagaimana Cara Nak Mengatasinya?

Bila badan semakin membesar, beban di dalam semakin bertambah, memang cepat je rasa lenguh kaki. Lagi parah, nak tidur malam, selalu je kejang. Kejutkan suami kat sebelah, boleh pulak dia tidur mati. Masa ni, memang menangis je tahan sakit tu.



Ramai ibu mengandung akan mengalami masalah kejang kaki terutama selepas aktiviti berjalan dan pada waktu malam. 

Oleh sebab itu, saya akan kongsikan beberapa tips yang bermanfaat untuk anda supaya dapat mengatasi masalah kejang kaki semasa hamil.



Kenapa Lenguh Kaki Boleh Berlaku?

  • Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.


  • Kandungan yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.


  • Otot yang letih disebabkan aktiviti seperti berjalan, berdiri lama ditambah dengan kandungan yang makin sarat ini.


Cara Mengatasi Lenguh Kaki Semasa Hamil


  • Mulakan dengan memicit-micit atau mengurut-urut betis untuk membantu melancarkan kembali peredaran darah. Untuk lebih memudahkan anda, gunakan body lotion, body oil atau minyak urut agar lebih mudah mengurutnya.

  • Ambil semangkuk air suam air. Tambahkan satu skop garam bukit Aura Rezeki ke dalam air. Rendam kaki anda selama 15-20 minit.
  • Lakukan gerakan seperti menggali dengan jari pada bahagian yang sakit. Kemudian tahan selama 15-20 saat. Setelah kesakitan sedikit lega,  regangkan otot-otot kaki secara perlahan.

    • Tuam dengan ais yang telah dibungkus dalam plastik dan bungkus dengan tuala, pada bahagian yang lenguh selama 10-15 minit. Pastikan kaki berada dalam kedudukan di tempat yang lebih tinggi.


    • Tidurlah dengan kedudukan kaki yang lebih tinggi. Gunakan bantal untuk menampung bahagian kaki untuk melancarkan pengaliran darah.



    Apa yang paling penting, pastikan kaki anda mendapat rehat dengan mengurangkan aktiviti yang memerlukan berdiri lama atau berjalan dan memakai kasut yang bertumit rendah. Mulakan sebarang aktiviti atau kerja rumah dengan melakukan senaman regangan terlebih dahulu.

    Suplemen Untuk Mengatasi Masalah Lenguh Kaki Semasa Hamil

    Shaklee telah mempunyai satu suplemen yang sangat sesuai untuk diambil oleh mereka yang selalu mengalami masalah lenguh kaki semasa hamil. Ia adalah OSTEMATRIX 


    OStematrix adalah suplemen Kalsium-Magnesium yang lengkap dengan Vitamin D dan banyak lagi yang memenuhi keperluan ibu mengandung. 

    Setiap tablet Ostematrix mengandungi 250mg Kalsium berserta nisbah magnesium yang bersesuaian.

    Apa yang penting, Saiz dan bentuk tablet yang kecil dan mudah ditelan.

    Anda hanya perlukan 4 biji tablet setiap malam sebelum tidur untuk membantu anda mengatasi masalah lenguh kaki semasa hamil.


    Apa Kata Mereka Yang Pernah Amalkan Ostematrix?









    Alhamdulillah. Berdasarkan pengalaman mama sendiri semasa mengandungkan Imam Muda, Ostematrix ternyata sangat membantu mama. Mana taknya, mama bekerja sebagai fisioterapis, memang memerlukan mama berdiri dan berjalan untuk merawat pesakit. Tapi Alhamdulillah, asbab Ostematrix dan dengan izin Allah, mama masih kuat berjalan dan mampu berlari anak walaupun dah kandungan dah masuk 36 minggu. Yang penting, mama masih aktif dan mampu bekerja seperti biasa tanpa sakit dan lenguh.

    Mama kongsikan pengalaman mama, sebab mama tahu, wanita sekarang adalah wanita berkerjaya. Sekiranya lenguh kaki dan kejang selalu menyerang semasa kita mengandung, memang ia sangat memeritkan dan mengganggu aktiviti harian kita. Betul tak?

    Jadi, mama sangat galakkan anda mencuba sendiri keberkesanan ostematrix ini.  


    Sekiranya berminat untuk mendapatkan Ostematrix yang awesome dari Shaklee yang semulajadi dan berkualiti tinggi ini, boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan seperti di bawah.


    =======================================================================Pengedar Sah Shaklee Kuantan, Pahang: 

    Syazwani Tajidin(Shaklee ID: 926187)

    019-2508903
    (WhatsApp/SMS)

    COD: Bandar Kuantan, Bandar Indera Mahkota
    Pos: Penghantaran ke seluruh Malaysia

    Catatan Popular