Rabu, 17 September 2014

Pengalaman Bersama Set Mengandung Shaklee

Teks: Syaz Health & Beauty

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah dan tahniah sekiranya anda antara mereka yang diberikan rezeki dan kesempatan merasai nikmat mengandung.

Teringat pulak kisah setahun lepas. Dugaan masa mengandung yang cukup kuat. Sedikit makanan pun tak boleh masuk dalam perut saya. bertambah dugaan saya, bila masa tu bulan Ramadhan. Bayangkan, Masa sahur, nak minum air Milo pun tak boleh. Tapi saya masih nekad nak berpuasa. Sampai dekat pejabat, baru pukul 9 pagi, saya dah terlalu lemah sebab tak cukup tenaga.

Disebabkan masalah saya yang agak teruk, saya terpaksa mencari makanan tambahan untuk bekalan tenaga sepanjang hari. Akhirnya terjumpalah Set Mengandung Shaklee. Saya mula mengamalkan Set Mengandung Shaklee masa kandungan 2 bulan. Masa tu la kali pertama saya makan suplemen bermula dari saya tahu saya mengandung tu.

Masa tu, ESP adalah satu-satunya produk yang berkesan buat saya. Walaupun hanya separuh gelas je yang berjaya ditelan, tapi ia sangat memberi kesan buat saya. Ia benar-benar mampu memberi tenaga tambahan buat saya. Selepas habis fasa yang memualkan tu, saya dah mula habiskan segelas ESP. Alhamdulillah, saya bertenaga dari pagi hingga ke petang walaupun hari tu saya tak berhenti mengajar pesakit senaman dan merawat mereka.

Di samping ESP, saya juga mengamalkan pengambilan Vitalea, Vitamin C, B-Complex serta Ostematrix. Alhamdulillah dengan kehendak Allah, kesemua vitamin ternyata sangat membantu sahaja. Terutama Ostematrix yang membantu ibu mengandung yang kerap mengalami lenguh-lenguh dan ketegangan otot. Ternyata pelaburan saya tidak sia-sia.

Insha Allah, jika diberikan peluang mengandung sekali lagi, akan saya amalkan lagi Set Mengandung Shaklee. Buat ibu mengadung di luar sana, cuba amalkan Set Mengandung Shaklee. Pasti pelaburan anda ini tidak akan sia-sia.


Untuk maklumat lanjut serta konsultasi mengenai produk Shaklee,
sila hubungi melalui SMS/WhatsApp:
019-250 8903

atau PM di FB SYAZWANI TAJIDIN atau di FanPage SYAZ HEALTH & BEAUTY


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular