Jumaat, 10 Oktober 2014

3 Fakta Menarik Tentang Saya

Teks: Syaz Health & Beauty


Bismillahirrahmanirrahim

Walaupun dah terlewat dalam menyahut cabaran 7 hari entry, namun saya tetap berusaha untuk melakukan cabaran ini. Jadi, cabaran untuk entry pertama adalah 3 Fakta Menarik Tentang Saya.


Fakta 1:

Seorang fisioterapis yang berkaliber

Erk. Tak apa ke cakap macam tu? Boleh la kan?
Saya bekerja sebagai seorang fisioterapis bermula pada November 2009. Bidang pengkhususan dalam Unit Pengurusan Kesakitan (Multidisciplinary Pain Management Unit). Kalau ada sesiapa yang mengalami sakit kronik atau sakit yang melebihi 3 bulan, boleh la kalau nak tanya apa-apa. Insha Allah saya boleh kongsi pengalaman pesakit yang pernah saya rawat dan yang telah sembuh sepenuhnya.

Maaf ye, gambar saya dengan pesakit tak boleh nak upload ye.


Fakta 2:

Berkahwin dengan bekas rakan sekolah

Berkahwin pada 9 Februari 2013. Suami saya ni seorang rakan sekolah saya sejak tingkatan 1 tapi memang la kami tak pernah bercinta masa zaman sekolah dulu. Lepas dah kerja, baru kami berbaik dan saling mengenali hari budi masing-masing.


Video shooting selepas majlis akad nikah

Fakta 3:

Anak sebagai hadiah ulang tahun perkahwinan

Anak sulung saya, Muhammad Haziq bin Izzuddin Shah selamat dilahirkan tanggal 7 Februari 2014. Walaupun 2 hari lebih awal, tapi putera cilik kami ini merupakan hadiah ulang tahun perkahwinan pertama kami yang tak ternilai harganya. Semoga si putera cilik kami akan menjadi anak yang soleh serta berakhlak mulia.

Hari kelahiran Muhammad Haziq bin Izzuddin Shah



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular