Rabu, 15 Oktober 2014

Apa Ada Dalam Beg Tangan Saya?

Teks: Syaz Health & Beauty


Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah dapat menulis lagi dalam entry cabaran hari ke-3 walaupun sedikit tersasar dari segi waktu. Entry ke-3 adalah mengenai 'Apa Ada Dalam Beg Tangan Saya?' Maklumlah, kaum wanita sememangnya tak dapat dipisahkan dengan beg tangan kan? Ke mana saja mesti ada beg di tangan. Tak kisah besar atau kecil.

Beg saya memang jenis besar. Senang nak masuk segala barang kat dalam tu.

Malu pulak bila tengok beg saya ni. Besar gedabak kan? Nak buat macam mana. Nama pun pelajar lagi. Dulu saya selalu bawa beg kecil je datang pejabat. Tapi lepas saya sambung belajar dan mendaftar sebagai pelajar PJJ, saiz beg terus berubah.

Jom kita tengok apa yang ada dalam beg tangan saya.

1) Dompet  - Ni pun segala mak nenek kad ada kat dalam ni. Sebab tu saya sukakan dompet jenis panjang dan banyak partition untuk kad.

2) Beg Make-up - Beg yang ada corak bulat-bulat tu sebenarnya beg make-up. Bukan apa, yang asas je kat dalam tu. Saya selalu bawa lipstik, lip balm, lip liner, set manicure dan minyak wangi jenis mini roller (1 pemberian husband, 1 lagi tu minyak wangi yang telah didoakan/bacaan ruqyah).

3) Pill Box - Yang ni memang tak pernah lupa untuk bawa. Mesti la vitamin Shaklee yang ada kat dalam tu. 1 part isi Vitalea+B Complex+Vitamin C. 1 part untuk Alfalfa dan 1 part lagi untuk Omega Guard. Senang je kan nak makan vitamin. Kat mana-mana pun boleh makan.

4) Buku Nota - Buku nota ni banyak kegunaan, untuk tulis nota mengenai pelajaran, info Shaklee dan juga catatan untuk dimasukkan dalam blog.

5) Pen/Marker - Pen mestilah ada juga bila dah ada buku nota kan. Jadi pen dan marker tu memang kegunaannya untuk menulis dalam buku nota tu.

6) Pendrive - Ni juga penting. Senang masukkan data-data yang download dari internet dan juga sebagai penyimpan fail-fail penting dari komputer.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular