Jumaat, 10 Oktober 2014

Percutian Idaman

Teks: Syaz Health & Beauty


Bismilahirrahmanirrahim

Alhamdulillah dan tahniah pada diri sendiri sebab berjaya memasuki entry ke-2.

Cuti, bercuti dan percutian ternyata memberikan kegembiraan kepada kita semua kan. Ini kerana, percutian dapat memberikan kita masa dan ruang untuk berehat dari segala masalah dan bebanan kerja tidak kira di pejabat mahu pun di rumah.

Setiap orang pasti mempunyai percutian idaman masing-masing tak kira di dalam atau luar negara. Saya pun sama macam orang lain. Tetapi saya idamkan percutian yang menyeronokkan ini hanya selepas saya menunaikan umrah bersama keluarga.


Percutian idaman saya adalah percutian bersama keluarga ke Holland. Kenapa Holland?
Sebab terpengaruh dengan novel. Saya pernah terbaca sebuah novel, hasil karya Hlovate yang menceritakan keindahan Holland. Dengan ladang tulip yang luas, dengan kincir angin yang besar. Suasana ini benar-benar membuatkan keinginan saya untuk melihat dengan mata sendiri membuak-buak.


Tengok tu, cantik kan? Sebab tu saya sangat idamkan percutian ke Holland. Semoga suatu hari nanti impian saya ini menjadi kenyataan. Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular