Rabu, 15 Oktober 2014

Resepi: Puding Roti dengan Sos Karamel

Teks: Syaz Health & Beauty


Bismilahirrahmanirrahim

Alhamdulillah sebab kita dah masuk entri yang ke-5. Entri ni mesti ramai yang suka. Sebab dalam entri ni kita boleh kongsikan resepi kegemaran kita. Dalam entri kali ini, saya akan kongsikan resepi pencuci mulut kegemaran suami saya.



Puding Roti dengan Sos Karamel

Bahan-bahan:

Bahan A

8 keping roti Gardenia
Susu segar 500 ml

Bahan B

2 sudu besar mentega - Cairkan atas api
4 sudu besar gula halus
2 biji telur
1 sudu teh esen vanila
1 susu besar tepung jagung
2-3 sudu besar kismis

Bahan C (Sos Kastad)

1 tin susu cair
1 sudu teh esen vanila
2 sudu besar tepung kastad


Cara-cara membuatnya:

Bahan A
1) Koyak roti dan rendam dengan susu segar selama 30 minit.

Bahan B
1) Kacau dan gaulkan sehingga sebati kecuali kismis.
2)  Tuang ke atas roti yang direndam tadi (bahan A).
3) Taburkan kismis atas adunan.
4) Bakar selama 30 minit atau sehingga masak pada suhu 180 darjah celcius.

Bahan C
1) Campurkan semua bahan dan gaul rata.
2) Masak atas api sederhana hingga agak pekat.
3) Tuang adunan atas puding roti semasa menghidang. Sedia dimakan semasa panas atau sejuk.


Selamat mencuba kawan-kawan semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular