Khamis, 16 Oktober 2014

Restoran Kegemaran Saya di Kuantan

Teks: Syaz Health & Beauty


Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah kerana masih dapat bertahan untuk berkongsi cerita dan cabaran 7 hari entri dengan kawan-kawan semua. Entri kali yang ke-6 berkenaan restoran kegemaran. Serajin mana pun kita masak kat rumah, mesti akan ada satu masa kita habiskan masa bersama keluarga untuk makan kat luar kan? Sekali-sekala suami bagi cuti dari tugasan memasak tu tak salah. Tambahan lagi, kalau suami belanja keluarga makan pula. Dah kira sedekah dan lebih berkat namanya. Tapi jangan tiap-tiap hari makan kat luar pulak tau. 


Restoran Sup Ayam Kampung yang terletak di Jalan Besar, Kuantan. Inilah tempat makan atau restoran kegemaran saya dan suami. Dulu, ni la tempat kami menjamu selera zaman bercinta kami. Sekarang dah jarang makan kat luar sebab suami kata masakan isteri dia sedap walaupun tak pandai masak. Bodek je kot tu.

Restoran ni sebenarnya sama macam restoran lain. Hidangannya, ada masakan panas, tomyam, sup dan macam-macam lagi. Tapi yang best sedap sini memang ada ayam kampung. Selalu kalau kami berdua mesti order tomyam ayam kampung. Sedap hingga terpelanting tulang ayam. Hehehe. Masakannya, alhamdulillah. Memang kena dengan selera dan tekak kami. Sangat  terasa keihlasan tukang masak dengan rasa air tangan Siam tu.

Restoran ni dibuka dari tengahari sampai malam. Tapi waktu yang tepat operasi restoran, saya tak pasti. Tapi senang je nak cari kedai ni sebenarnya. Restoran ni kat Jalan Besar, iaitu jalan menuju ke Eksplanade. Kalau tak salah saya restoran ni selang 2-3 buah dari kedai perabot MH Furniture. Tapi kira dekat-dekat situ la. Kalau malam, restoran ni satu je yang buka sebab kedai kat tepi-tepi tu semua dah tutup. Jadi memang senang sangat nak cari.

Nanti, kalau datang ke Kuantan, cuba cari kedai ni. Walaupun biasa je rupanya tapi Insha Allah takkan mengecewakan anda semua.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular