Rabu, 15 Oktober 2014

Vitamin Shaklee Yang Pertama Kali Saya Makan

Teks: Syaz Health & Beauty


Bismillahirrahmanirrahim

Kali ini, kita dah masuk entry ke-4. Cabaran hari ke-4 adalah Vitamin Shaklee Yang Pertama Kali Saya Makan. Yela, bila kita cuba sesuatu, mesti kita bermula satu benda je dulu kan? Saya pun sama. Ni vitamin pertama yang saya makan.

ESP Soy Protein

ESP Soy Protein adalah permulaan bagi saya. Saya mengambil ESP ni sebab saya memerlukan tenaga tambahan semasa di awal kehamilan saya. Masa tu, saya mengalami morning sickness yang boleh dikatakan agak teruk. Sebab semua makanan tak dapat masuk mulut. Minuman pun sama. Walaupun saya cuma minum secawan Milo, mesti akan keluar balik. Jadi, awal-awal pagi pun saya dah kehilangan tenaga yang banyak. 

Dalam usaha mencari penyelesaian buat masalah saya itulah, saya terjumpa satu blog yang berkongsi testimonial pengambilan ESP sebagai penambah tenaga. Terus saya beli ESP untuk mencuba. Tapi kali pertama saya cuba minum, masih tak dapat telan. Lepas tu saya cuba kurangkan sukatannya. Alhamdulillah, lepas tu tekak saya dah dapat terima minuman. Setiap hari saya amalkan tanpa terlepas sekali pun.

Lepas beberapa hari saya mengamalkan ESP ni, saya dah mula terasa kebaikannya. Saya dah mula bertenaga dan sentiasa kenyang walaupun saya masih tak dapat makan ketika sarapan. Alhamdulillah, ternyata ESP banyak membantu saya semasa di awal kehamilan dulu. Sehingga sekarang, ESP masih menjadi minuman pagi saya dan minuman kegemaran saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular