Rabu, 12 November 2014

Menjahit: Hobi atau Minat?

Teks: Syaz Health & Beauty



Apa khabar kawan-kawan semua? Semua tengah sibuk ke? Tak sibuk? Kalau tak sibuk, apa aktivitiyang sedang anda lakukan? Sedang lakukan hobi anda atau aktiviti yang anda minat? Tak kisah apa saja yang sedang anda lakukan jom kita belajar mengenai hobi atau minat. Dari sumber wikipedia, tujuan hobi adalah untuk memenuhi minat dan mendapat keseronokan, bukan mendapat pulangan. Terdapat pelbagai jenis hobi seperti mengumpul, membuat, membaiki, bermain dan pendidikan dewasa.

http://cdn.bisnisukm.com/2012/09/hobi-menjahit.jpg

Ini pulak hobi adalah hobi dan minat saya iaitu menjahit. Kenapa saya minat menjahit? Sebab saya suka pakai baju dari hasil tangan saya sendiri. Tambah-tambah lagi kalau orang puji baju tu cantik. Hihihi. Perasan la tu kan? Biarkan saja perasaan itu. Yang penting, saya sangat terasa puas bila pakai hasil tangan saya sendiri.

Nak tengok hasil jahitan saya? Jom kita cuci mata. walaupun ada sedikit cacat-cela, tapi tetap mampu memuaskan hati saya.

Baju Melayu untuk dipakai pada Hari Raya AidilAdha baru-baru ni.  Yang tercacat sikit kat belahan leher baju. Hehe. 


Yang ni pulak baju saya jahit untuk Haziq pakai masa Hari Raya Aidilfitri. Yang ni saja cuba jahit leher macam tu. Selalu buat leher baju melayu tulang belut je.

Tadaaa. Ni hasil yang dipakai model. Comel kan model cilik saya ni.
 Ini adalah hobi dan minat saya di masa lapang. Macam mana dengan anda? Jom kita kongsikan sama-sama. Mana tau ada hobi yang sama dan kita boleh bertukar idea dan pandangan tentang hobi kita ni kan?



2 ulasan:

  1. Buat masa sekarang hobi saya swimming. Lega bila dapat swimming. Teringin nak belajar menjahit!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Swimming pun best jugak. Tapi saya tak pandai swimming. Takut lemas je.. hehehe

      Padam

Catatan Popular