Rabu, 11 Mac 2015

4 Gejala Biasa Alergi Yang Sering Diabaikan Ibu Bapa

Teks: Syaz Health & Beauty




Bismillahirrahmanirrahim.




Tahukah anda, 1 daripada 5 kanak-kanak di Malaysia mempunyai risiko alergi? 

Alergi ni ada bermacam-macam jenis. Oleh sebab itu, sangat penting untuk kita tahu gejala biasa alergi yang dihadapi oleh kanak-kanak.



Berikut merupakan 4 gejala biasa alergi:



1) Kulit Kering dan Ruam yang Gatal

Biasanya, kanak-kanak begini yang mempunyai kulit kering dan pecah atau bengkak di bahagian dalam kulit. Oleh sebab itu, mereka akan menggaru bahagian yang gatal. Jadi, kita perlu memastikan sama ada bahagian yang digaru itu adalah kawasan kering dan mempunyai ruam atau tidak.



2) Lelah

Sekiranya anak anda sering mengalami sesak nafas jika terlalu aktif atau berlari dan mempunyai nafas berdehit, beri perhatian yang lebih dan pantau keadaan anak anda. Sesak nafas dan lelah adalah perkara yang tidak boleh diambil ringan.



3) Bersin dan Hidung Berair

Sentiasa bersin dan masalah hidung berair sepanjang masa juga adalah antara gejala alergi. Nasihatkan anak anda untuk menggunakan tisu untuk mengelap hidung dan dalam masa yang sama, perhatikan berapa lama masalah itu berterusan.



4) Mata Gatal dan Berair

Sekiranya mata anak anda sering berair dan mereka mula menggosok mata, segera periksa keadaan mereka. Bertanyakan sebab mata berair dan mengapa mereka menggosok mata mereka. Ketahui sebabnya kerana mereka berkemungkinan mengalami alergi.



Apa Yang Perlu Anda Lakukan?

Sebenarnya, masalah alergi ini boleh dicegah atau dikurangkan risikonya. Oleh sebab itu, penting buat kita dalam mengesan alergi seawal usia mereka. Cuba jejak sejarah keluarga kerana sejarah keluarga yang mempunyai masalah alergi adalah faktor utama dan penting dalam menentukan risiko alergi. Risiko alergi boleh dikesan menggunakan Pengesan Risiko Alergi iaitu satu kaedah yang dapat membantu kita mengesan dengan lebih mudah.



Untuk menggunakan Pengesan Risiko Alergi, klik link di bawah.






~Sambungan akan datang: Cara Mencegah Kulit Kering dan Ruam Gatal

2 ulasan:

  1. Owh, ini allergy lah ya. Bukannya penyakit untuk kanak-kanak..

    BalasPadam
  2. Kira ini simptom awal. Kalau dibiarkan, boleh jadi penyakit la. ��

    BalasPadam

Catatan Popular