Jumaat, 17 Februari 2017

Manfaat Bisnes Online atau Bekerja dari Rumah


My Dream SOHO


Assalamualaikum..


Lepas exam, terus duduk berangan. Alangkah indahnya hidup kalau just buat bisnes dari rumah 24 jam. Just setup 1 corner kat rumah untuk dijadikan home office. Baru rasa lebih 'berbisnes'. 😀

Home Office dambaan hati

So, kenapa mama nak setup SOHO? Banyak sangat manfaat yang boleh didapati daripada bisnes online ini atau SOHO. Di antaranya adalah :

1) Menjimatkan kos


Semua boleh buat dengan free, just create FB page tapi kena belajar positioning online. Lagi best, tak payah pun sewa kedai ke apa.
Lepas dah berkembang maju, boleh beli nama domain dan pakej web hosting. 

2) Pemasaran


Just buat iklan di internet dan boleh juga menggunakan SEO untuk melariskan produk anda dan kemudian menggunakan Google untuk menaikkan trafik bagi menarik lebih ramai pelanggan. Pemasaran emel juga boleh membantu untuk meningkatkan jualan. 

3) Menjaga Alam Sekitar


Cara yang paling berkesan untuk mengurangkan kesan karbon dan menjaga alam sekitar adalah menjalankan bisnes online. Semua maklumat disimpan dalam komputer.

4) Sepanjang masa


Bisnes online akan dibuka 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun. Pendek kata, sepanjang masa korang boleh bisnes. Korang boleh menguruskan perniagaan di mana-mana

5) Komunikasi


Pelanggan akan contact korang melalui telefon, emel, twitter atau facebook. Ini adalah satu cara yang baik dan berkesan untuk membina hubungan dengan customer korang.

6) Media Sosial


Maksimakan penggunaan media sosial untuk bisnes sebab internet adalah seperti tingkap membeli belah di dunia bagi sesuatu produk. 

Jadi dalam masa korang berbisnes atau bekerja dari rumah, actually banyak manfaat yang korang dapat kan? Tak rugi sikit pun.

Kalau korang ada yang dah setup SOHO, mai share sikit dengan mama. Mana tahu dapat bagi idea untuk kawan lain yang tengah cari idea nak setup SOHO diorang tu.

Boleh ke boleh?

Your Health & Beauty Consultant  =)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular