Jumaat, 24 Mac 2017

13 Makanan Untuk Banyakkan Susu Badan

" Huntung la ko, susu banyak. Tengok anak ko pun bam bam je"

' Hello, sis! Ko ingat aku ni lepas beranak, terus susu badan aku mencurah-curah ke ladang gandum macam iklan coco crunch tu ke? Aku struggle sikit punya tough kot. Dah macam nak pergi berperang gayanya. Ko dah habis struggle ke?'

" Eh, mana la aku tahu. Aku kan first time mom. Kena la paham. Ko takpe la, ni anak nombor 2."

' Eh, tak kira la anak nombor berapa, rezeki susu badan ni tak semua sama untuk anak-anak. Yang penting, cari ilmu dan usaha. Takpe, mai sini aku tolong ko. Aku share dengan ko 13 MAKANAN UNTUK BANYAKKAN SUSU BADAN.'



Mak aii!! Banyak giler stok susu badan dia kan? Kagum kita dibuatnya.

Berapa ramai yang kagum tengok stok susu banyak macam ni? Cuba angkat tangan mencecah awan. Hehehe.

Tapi berapa ramai sanggup tengok kesungguhan dan kestrugglean mereka yang buat stok banyak-banyak macam ni?

Apa yang penting, syarat utama untuk mendapat susu badan yang banyak adalah kena fahami terlebih dahulu konsep Demand vs Supply.

Apa itu Demand vs Supply


Ia adalah satu konsep yang penting dalam proses penyusuan. Bermaksud keperluan susu ibu dari bayi dan pembekalan susu badan dari ibu. Berapa banyak bayi perlukan, banyak itulah yang ibu perlu bekalkan. Sebagai contoh, sekiranya bayi anda minum sebanyak 5ml pada setiap sesi penyusuan, kita hendaklah pastikan bekalan untuk bayi cukup 5ml.

Dah follow konsep tu tapi susu masih sikit.

Macam mana nak buat?

Wahai para ibu yang gojes sekalian, janganlah anda berasa runsing dan menangis 7 hari 7 malam hanya kerana susu badan yang sedikit itu. Sekiranya anda telah memenuhi konsep seperti di atas, tapi susu badan anda masih sedikit dan tidak mencukupi untuk bayi, kita semak balik pemakanan seharian kita. Cukup tak diet yang seimbang tu? Ada ambil makanan yang dikatakan boleh menyebabkan susu badan berkurangan tak? 

Dan sebenarnya banyak makanan yang boleh kita amalkan untuk menggalakkan penghasilan susu badan yang berkualiti. Jadi, hari ni mama akan konsikan 13 Makanan Untuk Banyakkan Susu Badan.

1) Kurma 

Kurma adalah salah satu sumber karbohidrat yang tinggi. Jadi, kurma ini dapat menggantikan tenaga yang hilang.

Cara-cara: 
Ambil 5 biji kurma dan buang bijinya. Kisarkan kurma tadi dengan 240ml atau segelas susu segar. Boleh terus diminum sebelum dan selepas menyusukan bayi atau simpan di dalam peti sejuk selama 30 minit.

*Mama gantikan susu segar dengan segelas bancuhan ESP.




2) Habbatus Sauda


Cara-cara:
1) Kunyah sesudu habatus sauda sehingga keluar minyak dan telan. Jika tidak mampu makan begitu sahaja, boleh amalkan cara kedua.

2) Rebus beberapa sudu habatus sauda dengan air. Minum air rebusan. Amalkan 2-3 kali seminggu sehingga mendapat hasil yang diinginkan.

3) Halba


Cara-cara:
Rebus beberapa sudu halba dengan beberapa cawan air. Minum secawan air rebusan setiap hari.

* Amalkan minum air rebusan halba akan menyebabkan badan sedikir berbau.

 4) Longan Kering


Cara-cara:
Rebus longan kering bersama air dan sedikit gula batu. Minum segelas air rebusan longan setiap hari. Boleh disimpan di dalam peti sejuk untuk rasa lebih enak.

5) Lobak Putih

Cara-cara:
Campurkan lobak putih ke dalam masakan sayur. Juga sesuai dijadikan sup ketika berpantang.


6) Oat atau Bijirin


Cara-cara:
Campurkan oat dengan minuman panas kegemaran seperti Milo atau Coklat. Boleh juga dijadikan bahan di dalam adunan biskut. 

Ini contoh biskut yang dibuat menggunakan oat. 


7) Pegaga

Cara-cara:
1) Dimakan begitu sahaja dengan menjadikan ia sebagai ulam.

2) Kisar daun pegaga dengan secawan air untuk dijadikan air minuman.
 

8) Bawang Putih

Cara-cara:
Campurkan bawang putih ke dalam masakan. 

Jika tidak sukakan bawang putih, boleh amalkan Garlic Complex dari Shaklee.

9) Kekacang


Cara-cara:
Jadikan kacang sebagai snek. 

Mama selalu campurkan kacang badam bersama kisaran ESP dan Kurma. Memang lemak berkrim disukai mama. Anda harus mencuba resepi bancuhan ESP+Kurma+Badam. Pasti anda akan turut jatuh cinta.


10) Jantung Pisang



Cara-cara:
Rebus jantung pisang sehingga empuk. Sedap untuk dijadikan ulam dengan nasi putih yang masih panas berasap.

11) Air Kosong


Amalkan minum segelas air kosong sebelum dan selepas menyusu dan mengepam susu. Minum sekurang-kurangnya 2-3 liter setiap hari.


12) Alfalfa


Sesuai untuk hidangan sayur seperti digoreng. Tetapi disebabkan daun alfalfa yang sukar didapati, mama mengamalkan Alfalfa Complex dari Shaklee setiap hari.

Suplemen


Diamalkan untuk membekalkan tenaga yang mencukupi sepanjang proses penyusuan dan menghasilkan susu badan yang berkualiti tinggi dan berkhasiat.

Mama mengamalkan suplemen dari Shaklee iaitu Set Penyusuan Premium. Maklumat lanjut mengenai set ini telah mama kongsikan sebelum ini di link ini:


Diharap senarai makanan yang mama kongsikan ini dapat berikan manfaat kepada anda. Sila share jika ada rakan-rakan atau saudara-mara anda yang perlukan manfaat yang sama seperti anda..

Sekiranya berminat untuk mendapatkan set vitamin untuk anak sihat dari Shaklee yang semulajadi dan berkualiti tinggi, boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan seperti di bawah.

=======================================================================
Pengedar Sah Shaklee Kuantan, Pahang: 

Syazwani Tajidin(Shaklee ID: 926187)

019-2508903
(WhatsApp/SMS)

COD: Bandar Kuantan, Bandar Indera Mahkota
Pos: Penghantaran ke seluruh Malaysia


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular