Ahad, 19 Mac 2017

3 Kertas, 3 Krayon, 3 Pensel Warna: Buku Wajib Untuk Ibu Bapa

Di zaman millenia ni, bukan senang nak jadi parents kan? Zaman kita nak besarkan anak syurga generasi Y,Z ni memang penuh pancaroba. 


Zaman kini, nak jadi parents pun kena baca buku, kena pergi seminar untuk sedut ilmu parenting ni. 

So, di hujung minggu yang penuh ceria ni, mama nak review sebuah buku yang sesuai untuk parents.


Buku yang bertajuk 3 Kertas, 3 Krayon, 3 Pensel Warna.
Simple tapi penuh dengan informasi keibubapaan yang kita perlukan untuk mendidik anak syurga masa kini.

Sesuai untuk belajar macam mana nak ceraikan anak yang gila gadget. Sesuai untuk parents yang cari idea untuk buat aktiviti untuk anak syurga.

Buku ni ada 4 bahagian.


1. Tips Keibubapaan



2. Tips Pakar Psikiatri



3. Idea Aktiviti Kanak-kanak



4. Resepi Untuk Kanak-kanak



Untuk Tip Keibubapaan, ada banyak tajuk yang dikupas di dalam buku ni.


Antaranya berkenaan Potty Training, Cara Elakkan anak Tantrum di tempat awam, cara mengawal anak dari ketagih tab atau iPad, emotional drive dan banyak lagi.

Semua topik dikupas dengan bahasa mudah dan simple untuk pemahaman kita.

Untuk bab Tip Psikiatri pulak, ada 2 topik yang dibincangkan iaitu 10 Tip Berguna daripada Child Psychiatrist- Pakar Perkembangan Mental dan Tingkahlaku Kanak-kanak serta 12 Tip Tambahan.

Setiap tip yang dikongsikan di dalam buku ni memang sangat bermanfaat untuk kita.


Untuk bab Idea Aktiviti Kanak-kanak yang paling mama suka.


Sebab sangat banyak idea untuk homeschooling yang boleh buat bersama anak syurga tanpa mereka rasa bosan.

Siap ada penulis ni share kat mana nak dapatkan bahan or alat yang beliau gunakan untuk buat aktiviti ni. Dan semua aktiviti ni, sangat mudah untuk kita aplikasikan kepada anak-anak. Bahan yang digunakan pun, sangat senang untuk kita cari dan dapatkan.


Dan bab last ni, jangan anak syurga, kita yang tua ni kalau tengok pun, confirm telan air liur. Penulis ada share a few reswpi yang sesuai untuk kanak-kanak. Kira resepi yang boleh dijadikan bento untuk ke tadika la. 



Simple dishes yang senang untuk kita masak. Yela, kita kan supermom. Semestinya kita nak cari yang simple dan mudah untuk dihidangkan buat anak syurga. Betul tak?

Sekian perkongsian dari mama mengenai buku yang telah mama baca dan mama aplikasikan bersama imam muda mama. Sangat berbaloi untuk spend some money untuk menyedut ilmu parenting.

Ini review dari mama. Kalau korang ada buku ilmu parenting yang korang pernah baca, boleh jugak share dengan rakan-rakan yang lain. Mungkin masih ada ramai di luar sana yang mencari ilmu parenting untuk diaplikasikan. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular