Ahad, 12 Mac 2017

5 TIPS UNTUK BRANDINGKAN BISNES JADI MELETUP

Kata otai bisnes, BRANDING adalah unsur terpenting dalam bisnes. Kiranya macam nak dapatkan Pisang Goreng Crunchy Krup Krap, perlukan minyak yang betul-betul panas. Kalau minyak tak panas, tak rangup la jawabnya nanti. Eh!


Apa yang penting dalam BRANDING?

3 unsur utama yang penting dalam branding ialah
- DIKENALI
- DISUKAI
- DIPERCAYAI.

Dah tu kenapa yang BRANDING jadi sangat PENTING?

- Untuk jadikan bisnes kita lebih dikenali
- Untuk tingkatkan kredibiliti bisnes
- Untuk beritahu pada customer yang bisnes kita ni masih wujud di muka bumi.
- Untuk dapatkan kepercayaan dan kesetiaan pengguna.
- Jadi, kesimpulannya, kalau bisnes kita dah dikenali, CONFIRM ramai yang akan membeli dengan kita. Betul ke idok?

Macam Mana Nak BRANDING?

1) NAMA BISNES yang sesuai dan MELETOPS

Contoh macam NASI LEMAK ANAK DARA. Tak ke meletops tu.. Yang lelaki je beratur. Yang perempuan, duduk sebatu dah menjeling. Hahahaha.

2) LOGO dan WARNA BISNES yang KEBABOOM

Tengok je big company macam google, watson apa semua. Mana ada guna warna pelangi buat logo. Betul tak? Be simple but nice and catchy gitew!

3) SLOGAN bisnes yang MENARIK

Slogan ni tak perlu panjang melerek sampai berbatu-batu. susah orang nak ingat. Cukup la as simple as Be Healthy, Be Beauty.. Eh.. Okey ke camtu?

4) UNIK dan berbeza

Apa yang unik? USP la. Takkan bila semua orang punya USP murah dan diskaun, korang nak buat benda yang sama. Mungkin korang boleh buat pakej lengkap, yang buatkan customer korang dah tak payah nak cari benda lain dengan orang lain.

Contoh macam ni la. kalau kita jual suplemen untuk kurus, offer set kurus siap dengan panduan senaman dan menu diet. Tak perlu nak offer diskaun dan free postage dah. hehehe..

5) KONSISTEN

Ini rahsia kejayaan terbesar dalam bisnes. Konsisten dan fokus. Jangan tiru macam saya ye. Bila free, baru nak up status and sharing. Kalau tak, ke laut. Dah tu, macam mana korang nak ingat kat mama ni. Betul tak?

Jadi, make sure korang konsisten update info dan sharing berkaitan bisnes korang. Baru la orang ramai tahu dan kenal BRAND korang.

So, cukup la dulu 5 Tips BRANDING ni untuk korang ye. Actually, ni kira macam reminder untuk mama la. Sebab asyik ke laut je kerjanya. Pastu sibuk bising untung ciput. Sadis tau!

Nak lagi tips bisnes dan sharing pasal bisnes? Make sure korang follow mama ye.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular