Isnin, 6 Mac 2017

8 Emotional Drive Anak Syurga Yang Perlu Ibu Bapa Tahu

Kita selalu mengeluh bila anak syurga kesayangan kita buat perangai kan? Tapi kita sebagai ibu bapa belum tentu faham apa yang terpendam di dalam lubuk hati anak syurga ni


Jadi hari ni saya nak share beberapa jenis emotional drive yang ada dalam diri anak kita sebagai usaha kita untuk menangani dan menguruskan kelakuan anak-anak kita.

Secara amnya, manusia mempunyai 8 jenis emotional drive iaitu seperti berikut:

1. Need of Control/Security

Anak yang dalam kategori ini sentiasa ingin rasa dilindungi dan rasa selamat. Jadi mereka jenis yang lebih berteman dari bersendirian.

2. Need of Diversity/ New experience

Anak jenis ini pulak adalah mereka yang selalu explore. Kiranya semua benda mereka nak rasa cuba. Kalau anak anda dalam kategori ini, anda harus lebih terbuka dan tidak terlalu skeptikal terhadap anak anda.

3. Need of Recognition/Significance

Yang jenis ini inginkan pengiktirafan. Emotional drive jenis ini akan buat anak kita lebih yakin dan melangkah jauh dengan mudah.

4. Need of Achievement

Kategori ini adalah anak yang suka meraikan kejayaan mereka dengan orang yang tersayang. Tidak kira sekecil mana pun kejayaan yang telah mereka lakukan, mereka mengharapkan pengiktirafan atas kejayaan mereka.

5. Need of Excellence/Perfection

Ini kategori anak yang perfectionist. Mereka yang sangat pentingkan kesempurnaan dan kualiti sesuatu perkara.

6. Need of Belonging/Love

Anak syurga ini adalah dari kategori penyayang. Mereka akan bercerita dan berkongsi pengalaman mereka dengan orang yang tersayang. Mereka jenis mementingkan orang yang mereka sayang dalam perjalanan hidup mereka.

7. Need of Challenge/Growth

Anak-anak yang mementingkan perkembangan atau peningkatan dalam hidup. Mereka adalah jenis orang yang suka mencabar diri supaya ada perkembangan baru setiap hari.

8. Need of Responsibility/Contribution

Anak dari kategori ini adalah mereka yang suka buat kerha, suka bantu orang dan suka buat orang lain gembira secara sukarela dan percuma. Sekali-sekala mereka dilihat suka menyibuk dan buat apa yang ibu bapa mereka sedang buat.


Jadi, sebagai ibu bapa, penting untuk kita tahu kategori emotional drive anak kita dalam membentuk sahsiah dan akhlak mereka.

Macam imam muda, mama perhatikan dia adalah dari kategori need challenge, diversity dan responsibility.

Jadi masa untuk mama pula nak belajar macam mana nak handle emotional drive imam muda supaya sentiasa berada di atas landasan yang betul.

Semoga perkongsian mama kali ini memberi satu dimensi baru buat kita sebagai ibu bapa dalam usaha mendidik anak syurga kita menjadi insan yang lebih gemilang dan terbilang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular