Isnin, 20 Mac 2017

9 Tips Penyusuan Susu Ibu Untuk Kali Pertama

Penyususan susu ibu adalah perkara terindah yang setiap ibu akan rasai dan alami. Jika anda baru sahaja bermula untuk memberikan bayi anda susu badan, anda sedang melakukan perkara terbaik untuknya. Tetapi, jika ia tidak berlaku secara natural, janganlah bimbang dan sedih kerana masih ramai ibu yang sukar melakukannya sehinggalah mereka telah biasa.


Apa yang penting, anda telah memutuskan untuk cuba menyusukan bayi anda tanpa putus asa. Malah sekiranya anda hanya menyusukan bayi anda untuk beberapa hari atau minggu, anda harus tahu bahawa susu awal yang dinamakan kolostrum, merupakan satu sumber penting antibodi yang bertujuan untuk melindungi bayi anda daripada penyakit kerana sistem imun bayi sendiri akan membangun semasa tahun pertama.

Tetapi adakah anda tahu bahawa penyusuan susu ibu juga bermanfaat buat anda juga?

- Membantu mengecutkan rahim ke saiz sebelum mengandung dan mengurangkan pendarahan selepas bersalin

- Membantu mengurangkan berat badan semasa mengandung

- Mengurangkan risiko kemurungan selepas bersalin (meroyan), kanser payudara dan kanser ovari.

- Melambatkan kedatangan haid

- Ia menjimatkan wang

Penyusuan susu ibu adalah proses yang perlu dipelajari, dan tiada seorang pun daripada kita mengetahui bagaimana untuk melakukannya sejurus kita dilahirkan.

Di sini, mama akan kongsikan beberapa tips untuk meningkatkan peluang anda untuk menjayakan penyusuan susu ibu:

1. Menyusukan bayi anda dalam jam pertama sejurus kelahiran




Ini membantu mengecutkan rahim dan untuk memberikan kolostrum berharga buat bayi anda. Maklumkan kepada jururawat bertugas keinginan anda untuk menyusukan bayi dan minta ruang supaya anda dapat menyusukan bayi anda di saat bayi perlukan susu. Pengalaman mama sendiri, sejurus lepas imam muda dilahirkan, jururawat yang bertugas di bilik bersalin yang tanyakan samada nak terus susukan bayi atau nak bersihkan bayi dulu. Mama je yang minta jururawat tu bersihkan imam muda dan minta Encik Suami azankan imam muda dulu sebelum mama susukan imam muda. 

2. Meminta bantuan jururawat atau perunding laktasi



Minta jururawat atau perunding laktasi sekiranya ada cara dan bagaimana posisi dan cara lekapan semasa penyusuan yang betul ketika anda masih berada di hospital. Insha-Allah, jika kita minta tolong dengan lembut, jururawat bertugas akan membantu anda. Pengalaman mama sendiri semasa bersalin di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, jururawat bertugas pada waktu malam siap tunggu mama jam 4 pagi sebab nak ajar mama cara menyusu yang betul. Siap jururawat tu sendiri yang letakkan bayi atas pangkuan mama. Dari posisi masa duduk, bersandar dan berbaring. Bersyukur sangat. Yang penting, kita nak minta tolong orang lain, minta tolong dengan rasa rendah diri dan sopan. 

    3. Bersedia untuk susu yang akan datang dengan banyaknya!



    Ia biasanya berlaku pada hari ketiga atau keempat selepas kelahiran. Macam mana anda akan mengetahui bahawa waktu itu adalah waktu peningkatan susu? anda akan tahu di saat payudara anda membesar dan penuh dengan tiba-tiba. Jadi, coli khas untuk penyusuan sangat penting pada ketika itu. Jadi, coli khas penyusuan ini penting untuk anda bawak bersama di dalam beg persediaan kelahiran anda.


      4. Perancangan penyusuan. 



      Perlu untuk anda merancang untuk menyusukan bayi anda 8-12 kali dalam sehari. Anda juga hendaklah menyusukan bayi anda apabila bayi anda mula memberikan isyarat lapar seperti mula mencari puting anda, meletakkan tangan ke dalam mulut dan mula berjaga. Sentiasa memenuhi keperluan penyusuan yang bayi anda perlukan. Masa imam muda baru lepas dilahirkan, setiap setengah jam dia dah bagi isyarat lapar. Jadi, memang setiap setengah jam la mama kena penuhi keperluan imam muda. Waktu malam je imam muda kurang menyusu. Jadi, masa malam la mama akan perahkan susu untuk buat simpanan masa hadapan.

      5. JANGAN memperkenalkan botol susu, atau puting kepada bayi. 



      Di awal kelahiran, elakkan penggunaan botol susu dan puting tiruan pada bayi untuk elakkan bayi keliru dengan puting. Elakkan penggunaan puting tiruan hanya sehingga penyusuan susu ibu adalah MANTAP! Untuk sesetengah kes, seperti bayi tidak dapat melekap dengan betul atau tidak dapat menyusukan bayi kerana puting melecet, gunakan cawan kecil atau syringe untuk memberikan susu badan kepada bayi. 

      6. Minum air yang mencukupi. 



      Ini adalah asas dalam penyususan untuk memastikan badan anda sentiasa hidrasi dan membuat susu badan sentiasa mencukupi. Masa yang terbaik untuk minum air adalah segelas air sebelum menyusu dan segelas air selepas menyusu. Macam mama, mama minum segelas ESP iaitu minuman berprotein sebelum menyusu untuk membekalkan tenaga semasa menyusu dan segelas air kosong selepas menyusu untuk kurangkan rasa dahaga.


      7. Menyusu dalam keadaaan tenang.



      Suasana dan keadaan yang tenang diperlukan untuk merangsang penghasilan susu badan. Susu badan akan dihasilkan semasa anda menyusukan bayi anda atau ketika anda mendengar bayi anda menangis. Kalau masa mama nak menyusu, mama akan buka alunan ayat Quran atau zikir. Tapi kadang-kadang mama pasang lagu jazz. Dan, jangan terkejut, kalau mamam kongsikan 1 lagi idea. Pasang lilin aromaterapi. Tapi cari yang diperbuat daripada bahan semulajadi.


      8. Urutan payudara. 



      Mengurut payudara dengan teknik yang betul dapat melancarkan aliran susu badan. Urutan payudara sangat penting terutama apabila anda mengalami masalah bengkak susu atau puting susu tersumbat. Sebelum memulakan urutan, anda digalakkan tuam payudara dengan tuala yang direndam air suam atau menggunakan hot pack yang khusus untuk payudara yang dijual di kedai peralatan ibu dan bayi.


      9. Pengambilan diet yang seimbang. 



      Pemakanan yang sihat dan seimbang harus dititikberatkan oleh ibu menyusu dalam memastikan khasiat susu ibu yang penuh nutrisi dapat disalurkan kepada bayi anda. Pastikan anda mendapat nutrien yang cukup dalam pemakanan. Nutrien yang penting untuk penyususan adalah protein, zat besi, kalsium, asid folik, vitamin b, dan vitamin c. 

      Macam mama, selain amalkan juga makan sayur dan buah semasa tempoh penyusuan, mama juga amalkan SET PENYUSUAN EKSKLUSIF SHAKLEE.


      Memang sangat eksklusif manfaat yang mama dapat. ALhamdulillah, mama dapat bekalkan susu berkhasiat yang mencukupi buat imam muda, dan yang penting, mampu mengawal berat badan mama dan back to normal selepas bersalin. Dan apa yang penting, imam muda cepat kenyang dan sentiasa sihat.

      Nah, di sini, mama dah kongsikan 9 tips yang berguna untuk ibu muda dan baru kali pertama. Semoga tiada lagi alasan untuk mengatakan anda tidak mampu menyusukan bayi anda sendiri. Rasai, keindahan sepanjang menyusukan bayi anda. Inilah kenangan yang terindah dan paling manis dalam mengeratkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.

      Setiap letih dan lelah selama kita menyusukan bayi kita, insha-Allah ada ganjaran yang menanti. Yang penting boleh dan mampu diatasi dengan pengambilan Set Menyusu Eksklusif dari Shaklee.

      Sekiranya berminat untuk mendapatkan set vitamin ketika bersukan dari Shaklee yang semulajadi dan berkualiti tinggi, boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan seperti di bawah.

      =======================================================================
      Pengedar Sah Shaklee Kuantan, Pahang: 

      Syazwani Tajidin(Shaklee ID: 926187)

      019-2508903
      (WhatsApp/SMS)

      COD: Bandar Kuantan, Bandar Indera Mahkota
      Pos: Penghantaran ke seluruh Malaysia

      Tiada ulasan:

      Catat Ulasan

      Catatan Popular