Jumaat, 31 Mac 2017

Lenguh Kaki Semasa Hamil: Bagaimana Cara Nak Mengatasinya?

Bila badan semakin membesar, beban di dalam semakin bertambah, memang cepat je rasa lenguh kaki. Lagi parah, nak tidur malam, selalu je kejang. Kejutkan suami kat sebelah, boleh pulak dia tidur mati. Masa ni, memang menangis je tahan sakit tu.



Ramai ibu mengandung akan mengalami masalah kejang kaki terutama selepas aktiviti berjalan dan pada waktu malam. 

Oleh sebab itu, saya akan kongsikan beberapa tips yang bermanfaat untuk anda supaya dapat mengatasi masalah kejang kaki semasa hamil.



Kenapa Lenguh Kaki Boleh Berlaku?

  • Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.


  • Kandungan yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini, serta kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron, boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.


  • Otot yang letih disebabkan aktiviti seperti berjalan, berdiri lama ditambah dengan kandungan yang makin sarat ini.


Cara Mengatasi Lenguh Kaki Semasa Hamil


  • Mulakan dengan memicit-micit atau mengurut-urut betis untuk membantu melancarkan kembali peredaran darah. Untuk lebih memudahkan anda, gunakan body lotion, body oil atau minyak urut agar lebih mudah mengurutnya.

  • Ambil semangkuk air suam air. Tambahkan satu skop garam bukit Aura Rezeki ke dalam air. Rendam kaki anda selama 15-20 minit.
  • Lakukan gerakan seperti menggali dengan jari pada bahagian yang sakit. Kemudian tahan selama 15-20 saat. Setelah kesakitan sedikit lega,  regangkan otot-otot kaki secara perlahan.

    • Tuam dengan ais yang telah dibungkus dalam plastik dan bungkus dengan tuala, pada bahagian yang lenguh selama 10-15 minit. Pastikan kaki berada dalam kedudukan di tempat yang lebih tinggi.


    • Tidurlah dengan kedudukan kaki yang lebih tinggi. Gunakan bantal untuk menampung bahagian kaki untuk melancarkan pengaliran darah.



    Apa yang paling penting, pastikan kaki anda mendapat rehat dengan mengurangkan aktiviti yang memerlukan berdiri lama atau berjalan dan memakai kasut yang bertumit rendah. Mulakan sebarang aktiviti atau kerja rumah dengan melakukan senaman regangan terlebih dahulu.

    Suplemen Untuk Mengatasi Masalah Lenguh Kaki Semasa Hamil

    Shaklee telah mempunyai satu suplemen yang sangat sesuai untuk diambil oleh mereka yang selalu mengalami masalah lenguh kaki semasa hamil. Ia adalah OSTEMATRIX 


    OStematrix adalah suplemen Kalsium-Magnesium yang lengkap dengan Vitamin D dan banyak lagi yang memenuhi keperluan ibu mengandung. 

    Setiap tablet Ostematrix mengandungi 250mg Kalsium berserta nisbah magnesium yang bersesuaian.

    Apa yang penting, Saiz dan bentuk tablet yang kecil dan mudah ditelan.

    Anda hanya perlukan 4 biji tablet setiap malam sebelum tidur untuk membantu anda mengatasi masalah lenguh kaki semasa hamil.


    Apa Kata Mereka Yang Pernah Amalkan Ostematrix?









    Alhamdulillah. Berdasarkan pengalaman mama sendiri semasa mengandungkan Imam Muda, Ostematrix ternyata sangat membantu mama. Mana taknya, mama bekerja sebagai fisioterapis, memang memerlukan mama berdiri dan berjalan untuk merawat pesakit. Tapi Alhamdulillah, asbab Ostematrix dan dengan izin Allah, mama masih kuat berjalan dan mampu berlari anak walaupun dah kandungan dah masuk 36 minggu. Yang penting, mama masih aktif dan mampu bekerja seperti biasa tanpa sakit dan lenguh.

    Mama kongsikan pengalaman mama, sebab mama tahu, wanita sekarang adalah wanita berkerjaya. Sekiranya lenguh kaki dan kejang selalu menyerang semasa kita mengandung, memang ia sangat memeritkan dan mengganggu aktiviti harian kita. Betul tak?

    Jadi, mama sangat galakkan anda mencuba sendiri keberkesanan ostematrix ini.  


    Sekiranya berminat untuk mendapatkan Ostematrix yang awesome dari Shaklee yang semulajadi dan berkualiti tinggi ini, boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan seperti di bawah.


    =======================================================================Pengedar Sah Shaklee Kuantan, Pahang: 

    Syazwani Tajidin(Shaklee ID: 926187)

    019-2508903
    (WhatsApp/SMS)

    COD: Bandar Kuantan, Bandar Indera Mahkota
    Pos: Penghantaran ke seluruh Malaysia

    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan

    Catatan Popular