Jumaat, 3 Mac 2017

Masalah Kejang Kaki Semasa Mengandung

Mengapa saya selalu kejang kaki di waktu malam semasa mengandung?

Kejang kaki adalah masalah biasa semasa mengandung. Malah ia biasa berlaku terutamanya dalam trimester kedua dan ketiga. 

Ia dikatakan berlaku disebabkan asid yang terkumpul dalam serat otot, yang membuatkan otot anda menjadi kejang. Walau bagaimanapun, sebab mengapa perkara ini sering berlaku semasa hamil tidaklah diketahui. 

Otot yang biasanya menegang ialah otot betis. Walaupun ia menyebabkan kesakitan yang teruk dan berlanjutan selama beberapa minit, kekejangan tidak merosakkan otot betis anda. 

Mengapa kekejangan kaki berlaku semasa hamil?

Kekurangan nutrien dan garam seperti kalsium atau magnesium dalam darah. Kekurangan ini berlaku kerana bayi anda mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan anda.
Uterus (rahim) anda yang semakin membesar memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda. Ini juga merupakan kesan daripada hormon kehamilan iaitu progesteron di mana ia boleh memberi kesan kepada otot kaki anda.

  • Seperti mana berlari, bersukan, atau sekadar berdiri sepanjang hari boleh membuat otot anda letih, begitu juga kandungan anda yang sarat ini.

Bagaimanakah cara untuk melegakan masalah kejang kaki?

Kejang kaki adalah salah satu masalah kehamilan yang boleh diatasi. Jadi, apabila anda tiba-tiba mengalami keadaan ini, jangan panik. Apabila kekejangan berlaku, apa yang perlu anda lakukan adalah seperti berikut:


  • Buat regangan.


  • Mulakan dengan menegakkan kaki dan gerakkan tapak kaki perlahan-lahan. Mula-mula, anda akan berasa sakit tetapi perlahan-lahan kesakitan itu akan hilang.

  • Urut otot yang kejang.

  • Minta bantuan suami untuk picit perlahan-lahan pada bahagian yang tegang. 
  • Jalan perlahan-lahan sehingga kesakitan benar-benar hilang dan anda boleh berjalan seperti biasa.

Bagaimanakah untuk mengelakkan kekejangan dari berlaku?

Sesetengah pakar mengaitkan kekejangan kaki semasa hamil dengan kekurangan nutrien tertentu, terutamanya garam. Namun begitu, tidak pasti samada mengambil suplemen seperti kalsium atau garam magnesium dapat membantu mengelakkan kekejangan. 

Dari pengalaman mama sendiri, mama amalkan Ostematrix sebanyak 4 biji setiap malam sebelum tidur sepanjang mengandung. Alhamdulillah, sepanjang tempoh mengandung, hanya 3-4 kali mama pernah alami masalah kejang kaki. Itu pun bila mama salah posisi masa tidur.


Selain itu juga, anda boleh mencuba beberapa langkah seperti berikut untuk mengatasi masalah kejang kaki ini.

  • Senaman regangan kaki. Berdiri satu meter daripada dinding dan unjurkan badan ke hadapan dengan tangan diregangkan untuk menyentuh dinding. Pastikan tapak kaki melekap pada lantai. Tahan selama lima saat. Ulang senaman ini selama lima minit, tiga kali sehari terutamanya sebelum masuk tidur.


  • Senaman tapak kaki. Bengkokkan tapak kaki ke bawah dan kemudian tegakkan ke atas dengan cepat sebanyak 30 kali. Buat pada kedua-dua belah kaki. Kemudian, ulangi dengan membengkokkan tapak kaki ke atas sebanyak lapan kali dan ke bawah lapan kali.

  • Cuba elakkan tidur dengan jari-jari kaki menghala ke bawah.

  • Cuba elakkan berdiri terlalu lama atau duduk dengan kaki bersilang.

  • Mandi dengan air suam sebelum masuk tidur.

  • Minum banyak air.

Jadi, mama harap dengan perkongsian mama ini memberikan manfaat buat anda. Semoga pengalaman sepanjang mengandung adalah pengalaman yang terindah buat anda dan tidak meninggalkan mimpi ngeri dalam kehidupan anda.


Untuk keterangan lanjut dan pertanyaan, anda boleh hubungi saya:

Syazwani Tajidin019-2508903


Pengedar Sah Shaklee Kuantan, Pahang :
Syazwani Tajidin (Shaklee ID: 926187)019-2508903 (Whatsapp /sms)syazhealthbeauty@gmail.com (E-mail)COD : Bandar Kuantan, Indera Mahkota

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular