Ahad, 5 Mac 2017

Percutian Idaman Seorang Kaki Novel

Hari minggu macam ni, mesti ramai yang pergi bercuti kan? Best ke bercuti ni?


Mesti la best kan? Sebab percutian inilah yang memberikan kita masa dan ruang untuk berehat dari segala masalah dan bebanan kerja tidak kira di pejabat mahu pun di rumah. Setiap orang pasti mempunyai percutian idaman masing-masing tak kira di dalam atau luar negara.

Saya pun sama macam orang lain. Ada impian percutian. Kiranya satu tempat yang walau jauh mana pun kita dapat travel, nak sangat jejak kaki ke tempat ni.


Percutian idaman saya adalah percutian bersama keluarga ke Holland. Kenapa Holland?

Sebab terpengaruh dengan novel. Sebenarnya, saya pernah terbaca sebuah novel, hasil karya Hlovate yang menceritakan keindahan Holland. Dengan ladang tulip yang luas, dengan kincir angin yang besar. Suasana ini benar-benar membuatkan keinginan saya untuk melihat dengan mata sendiri membuak-buak. Dan kat sana nanti, boleh la buat photoshoot dengan produk Shaklee yang banyak-banyak tu. Hihihi.. Nampak tak effect of penulisan dan bila kita visualize? Sampai sekarang saya dapat bau tulip dan rasa hembusan angin di Holland.


Tengok tu, cantik kan? Sebab tu saya sangat idamkan percutian ke Holland. Dan, Gambar percutian ke Holland ni saya dah masukkan dalam Vision Board saya.


Semoga suatu hari nanti impian saya ini menjadi kenyataan. Amin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular