Isnin, 13 Mac 2017

Tips Mengelakkan Kecederaan Semasa Bersukan

Korang suka bersukan? Pernah tak korang cedera semasa bersukan?

Kebiasaannya kecederaan melibatkan keadaan seperti terseliuh, ligamen dan tisu yang menyambungkan dua atau lebih tulang terkoyak dan kekejangan iaitu kecederaan sama ada pada otot atau tendon.


Bagi mengelakkan kecederaan ketika bersukan, mama share beberapa tips untuk diamalkan sebelum melakukan sebarang jenis aktiviti sukan:

1) Pakai pakaian sesuai


Baju sukan yang sesuai di pakai adalah t-shirt dan seluar track serta tudung yang tidak terlalu besar dan labuh. Penggunaan t-shirt yang diperbuat daripada kain kapas dapat membantu menyerap peluh dengan cepat ketika bersukan. Serta penggunaan kasut yang bersesuaian untuk berlari, berjalan atau mendaki bukit.

2) Patuhi peraturan

Setiap jenis sukan ada tersedia cara bermain dan cara untuk melakukannya. Adalah sebaiknya anda mengikut arahan tenaga pengajar (coach/instructor) atau pun bertanya kepada pakar tentangnya terlebih dahulu. Patuhi peraturan yang telah ditetapkan.

3) Panaskan badan sebelum bersukan


Ramai orang tidak mengambil berat dan menganggap panaskan badan sebelum sukan tidak penting. Tujuan utama pemanasan badan adalah bagi mengelakkan segala otot-otot badan terkejut dan mengalami sebarang kesakitan atau kekejangan otot selepas bersukan. Lakukan pemanasan badan yang merangkumi seluruh bahagian badan seperti contoh di bahagian kepala dan leher, kedua-dua belah tangan, bahagian pinggang, peha, kaki, lutut dan pergelangan tangan dan kaki.

4) Tahu menggunakan peralatan sukan


Setiap jenis alat sukan mempunyai fungsi dan kegunaan yang berbeza. Jika anda perasaan, di taman-taman permainan ada tersedia cara-cara menggunakannya. Ini bertujuan untuk menjaga alatan tersebut daripada mengalami sebarang kerosakan dan mengelakkan anda dari mengalami sebarang kemalangan yang tidak di ingini.

5) Elakkan bermain semasa keletihan atau kecederaan

Jika anda melakukan akiviti sukan ketika badan terasa letih, cara anda melakukan sukan juga mungkin tidak betul kerana otak anda tidak dapat berfungsi dengan sebaiknya. Anda akan hilang fokus dan sekali gus menempah kecederaan yang sepatutnya boleh dielakkan. Anda juga tidak digalakkan bersukan ketika anda sedang dalam proses penyembuhan atau kecederaan bagi mengelakkan bahagian yang sakit tersebut bertambah parah.


Sememangnya senaman adalah satu aktiviti yang menyihatkan, namun sekiranya mengambil mudah penjagaan dan tatacara senaman, memang meningkatkan risiko kecederaan semasa senaman.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular