Khamis, 27 April 2017

15 Cara Untuk Mengelakkan Kencing Manis Semasa Mengandung: Bahagian 1

Kencing manis, yang manis hanyalah pada nama tetapi tidak pada keadaan sebenarnya. Kencing manis semasa mengandung, yang juga dikenali sebagai Gestational Diabetis Mellitus (GDM) adalah suatu keadaan yang serius dan sering terjadi semasa mengandung.


Mesti setiap ibu mengandung risaukan keadaan ini kan?

Jangan risau atau jangan menangis di bucu katil ye. Ini kerana, kencing manis semasa mengandung boleh dicegah atau risiko untuk mendapatnya dapat dikurangkan.

Sememangnya tiada jaminan yang dapat saya berikan, tetapi semakin baik anda menjaga tabiat yang sihat sebelum dan semasa mengandung, semakin baik keadaan anda dan bayi anda selepas itu.

Fasa Untuk Mengelakkan Kencing Manis Semasa Mengandung

Terdapat 4 fasa dalam mengelakkan kencing manis semasa mengandung.
  1. Menentukan Faktor Risiko
  2. Mengurangkan Risiko Dengan Pemeriksaan Perubatan
  3. Mengurangkan Risiko Dengan Diet
  4. Mengurangkan Risiko Dengan Senaman

Fasa 1: Menentukan Faktor Risiko


1) Dapatkan sejarah keluarga

  • Mengetahui perbezaan Diabetis Jenis 1 dan Diabetis Jenis 2
  • Bertanyakan tentang sejarah diabetes dengan saudara-mara terdekat anda
  • Risiko anda akan bertambah sekiranya ahli keluarga terdekat seperti ibu bapa atau adik-beradik adalah pesakit Diabetis Jenis 2. 

2) Menentukan faktor-faktor risiko yang lain


Terdapat beberapa faktor risiko lain yang perlu dititikberatkan termasuklah:

  • Keturunan Hispanic, Afrika-Amerika, Native American, Asia Amerika, atau Pacific Islander.
  • Berat badan berlebihan sebelum kehamilan anda.
  • Berusia 25 tahun atau lebih tua.
  • Mempunyai sejarah GDM pada kehamilan sebelumnya
  • Mempunyai sejarah melahirkan bayi yang besar atau kelahiran mati
  • Mempunyai sejarah ujian gula dalam darah yang abnormal seperti glycosuria iaitu gula dalam air kencing
  • Mempunyai sejarah sindrom ovari polisistik (Polycystic Ovarian Syndrome)

3) Membuat Perancangan Mengandung




Membuat perancangan mengandung bersama-sama doktor anda untuk membuat pelan mengandung bagi membuat persediaan dari segi fizikal, mental dan emosi. 

  • Membuat pemeriksaan gula dalam darah seawal 3 bulan sebelum merancang untuk mengandung.
  • Membuat rancangan penurunan berat badan antara 5% - 7% daripada berat badan sebelum mengandung (jika mempunyai berat badan berlebihan)

Nampak tak, betapa pentingnya mengambil berat setiap risiko yang ada dan membuat rancangan walaupun untuk mengandung. Untuk mengelakkan kencing manis semasa mengandung fasa yang berikutnya akan saya perincikan di dalam artikel yang akan datang.

Jadi, pastikan anda ikuti setiap perkembangan dan tips dari saya. Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan khidmat nasihat atau bantuan berkenaan kencing manis semasa mengandungi, sila hubungi saya seperti butiran di berikut.

=======================================================================
Pengedar Sah Shaklee Kuantan, Pahang: 

Syazwani Tajidin(Shaklee ID: 926187)

019-2508903
(WhatsApp/SMS)

COD: Bandar Kuantan, Bandar Indera Mahkota
Pos: Penghantaran ke seluruh Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular