Rabu, 12 April 2017

5 Tips Elakkan Gastrik Semasa Puasa Sampai Kena Cucuk

Pejam celik, pejam celik, sekejap je. Ni dah masuk Rejab. Lepas tu Syaaban. Tak sampai berapa hari lagi, masuk Ramadhan pulak. Yang mana ada penyakit yang selalu datang masa Ramdhan tu, memang berdebar-debar je kan? Agaknya doktor dan jururawat pun dah pakat ready nak tunggu ramai pesakit melawat klinik diorang nanti. Betul tak?


Ramadhan, bulan mulia yang sangat dinantikan oleh umat Islam seluruh dunia. Bulan yang sangat mulia dan terdapat seribu rahmat di dalamnya. Tapi, dalam pada tu, buat penderita gastrik pun mesti berdebar-debar. Ternanti-nanti adakah gastrik itu akan datang kembali dan menyerang seperti tahun-tahun sebelumnya. Betul tak?

Jadi, sebagai persediaan Ramadhan yang bakal tiba, mama akan kongsikan 5 tips untuk elakkan gastrik dari menyerang di bulan puasa.

Adakah gastrik menghalang dari puasa?

5 Tips Elakkan Gastrik Semasa Puasa Sampai Kena Cucuk

Sebenarnya, masalah gastrik ini tidak menghalang kita dari berpuasa jika kena cara dan ada langkah pencegahan yang dibuat lebih awal.

Sebelum itu, kita kena tahu dan faham kenapa gastrik boleh terjadi. Gastrik terjadi apabila perut dalam keadaan kosong dan berehat, maka rembesan asid hidroklorik dari dalam perut akan menurun. Faktor itu yang menyebabkan gastrik kerana lapisan perut tadi yang sepatutnya menghasilkan lapisan mukosa. Disebabkan lapisan mukosa ini tidak dihasilkan, maka asid hidroklorik yang digunakan untuk mencerna makanan akan menghakis lapisan perut. Itu yang menyebabkan rasa pedih perut. 

Simptom gastrik 

5 Tips Elakkan Gastrik Semasa Puasa Sampai Kena Cucuk

- Sakit pada bahagian perut atau abdomen
- Rasa tidak selesa pada bahagian perut
- Perut terasa berangin dan pedih
- Loya dan muntah
- Kembung perut, sendawa atau kerap kentut selepas makan
- Berat badan turun mendadak
- Muntah berdarah
- Najis menjadi hitam

Tips Elakkan Gastrik Semasa Puasa

1) Berbuka dengan ala kadar tetapi menu yang sihat dan bertenaga

Ini mengambil sunnah Rasulullah yang sebenar. Segerakan waktu berbuka serta minum air manis dan makan yang manis seperti sedikit kurma terlebih dahulu, dan solat Maghrib terlebih dahulu sebelum mengambil makanan berat.

Makanan berat pulak, diambil dalam kuantiti yang sedikit. Kira macam tak nak bagi perut kita terkejut la.

2) Makanan sedikit tetapi kerap

Kalau yang ni, mama buat macam ni. Mama bawak bekal kurma atau kismis ke masjid untuk terawih. Jadi, setiap 4 rakaat terawih, mama akan makan 2 biji kurma. Balik dari terawih, mama akan makan lagi sedikit. Yang ni makanan berat juga tapi bukan nasi. Contohnya macam mee atau roti.

3) Lewatkan Sahur, segerakan Berbuka

Ini pun memang bersesuaian dengan sunnah Rasulullah. Lewatkan sahur. Selalu setengah jam sebelum imsak baru mama akan bersahur. Kira dalam pukul 5 pagi baru mama akan bersahur. Dan masa sahur, mama tak makan banyak. Mama akan makan setengah pinggan nasi sekadar untuk memberi tenaga awal pagi untuk bekerja je. Lepas tu mama akan minum bancuhan ESP dan Performance Drink untuk tenaga yang kekal sampai petang. 

4) Kurangkan kafein dalam minuman

Ini memang mama pantang. Tiada sebarang pengambilan kafein semasa bersahur atau berbuka. Tetapi sekiranya anda adalah penggemar teh, anda boleh ubah kafein tu kepada Cinch Tea. Iaitu teh untuk sihat. Tetapi mampu memberikan tenaga. Yang ni sesuai minum semasa berbuka. Jadi anda akan rasa lebih segar dan bertenaga untuk berterawih.

5) Elakkan makanan yang merengsakan perut

Kurangkan makanan yang bergoreng, berminyak, dan pedas serta berempah kerana jenis makanan ini akan mengganggu sistem penghadaman perut anda.

Sememangnya, kita akan berusaha untuk buat yang terbaik dalam ibadah kita. Kalau gastrik selalu menyerang, memang kita akan rasa terganggu dengan keadaan ini semasa berpuasa kan? Dah la tak boleh puasa, lepas tu melepek kat rumah tak boleh nak uruskan rumah tangga. Tak boleh pergi kerja, nak kena MC bagai. Kan susah. Padahal bulan puasa ni juga adalah bulan yang paling bermakna untuk kita sekeluarga, sebab waktu berbuka, kita mesti nak tengok keluarga kita gembira dan enjoy dengan masakan dan air tangan kita kan. Sebab itulah kita kena berusaha dari awal untuk elakkan masalah gastrik dari menyerang semasa bulan puasa.

Sekiranya berminat untuk mendapatkan Set Gastrik Lengkap yang awesome dari Shaklee yang semulajadi dan berkualiti tinggi ini, boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan seperti di bawah.


=======================================================================
Pengedar Sah Shaklee Kuantan, Pahang: 

Syazwani Tajidin(Shaklee ID: 926187)

019-2508903
(WhatsApp/SMS)

COD: Bandar Kuantan, Bandar Indera Mahkota
Pos: Penghantaran ke seluruh Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular