Jumaat, 7 April 2017

Resepi Puding Roti dengan Sos Kastad

Rasa dah lama tak makan puding roti. Bila perut bergelora bagaikan ditengah lautan, macam-macam makanan yang berlayar di pandangan mata. Kus semangat macam ni.

Di kesempatan yang ada ni, saya kongsikan dulu resepi Puding Roti dengan Sos Kastad sebelum kita eksperimen setelah lama berpencen dari medan perang di dapur.


Puding Roti dengan Sos Kastad

Bahan-bahan:

Bahan A
8 keping roti Gardenia
Susu segar 500 ml





Bahan B






2 sudu besar butter - Cairkan atas api

4 sudu besar gula halus

2 biji telur

1 sudu teh esen vanila

1 susu besar tepung jagung

2-3 sudu besar kismis

Bahan C (Sos Kastad)

1 tin susu cair

1 sudu teh esen vanila

2 sudu besar tepung kastad


Cara-cara membuatnya:

Bahan A

1) Koyak roti dan rendam dengan susu segar selama 30 minit.

Bahan B

1) Kacau dan gaulkan sehingga sebati kecuali kismis.
2)  Tuang ke atas roti yang direndam tadi (bahan A).
3) Taburkan kismis atas adunan.
4) Bakar selama 30 minit atau sehingga masak pada suhu 180 darjah celcius.

Bahan C

1) Campurkan semua bahan dan gaul rata.
2) Masak atas api sederhana hingga agak pekat.
3) Tuang adunan atas puding roti semasa menghidang. Sedia dimakan semasa panas atau sejuk.

* Untuk cara buat, nanti saya akan tambahkan gambar setiap langkah buat puding ini. 


Menu minum petang yang santai dan mudah untuk dicuba. Memang rugi kalau tak cuba. Kalau takut lepas makan tu lemak naik, telanlah Omega Guard cepat-cepat. Jadi, cepat juga lah lemak tu dicairkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular