Jumaat, 7 April 2017

Salam Perkenalan

Dah berjujuk entri baru nak berkenalan? 

Maaf la ye, lately ni saya termakan semut pulak. Lupa pulak nak 'UP' sekali pasal diri sendiri. Ye la. Kalau tak kenal, macam mana nanti anda semua nak percayakan saya pulak kan?



Terlebih dahulu, saya kenalkan diri saya sebagai Syazwani binti Tajidin. Tapi dalam family, semua panggil saya "ALANG". Panggilan Alang ni kira refer untuk anak ketiga dalam keluarga la. Tapi dikalangan rakan-rakan, mereka cuma meanggilkan nama pangkal saya, WANIE. Dan, untuk bisnes pulak, saya lebih senang guna nama SYAZ. Sebab itu nama pendaftaran perniagaan adalah Syaz Biz Trading.

Raya Pertama Besama Imam Muda Ketika Berusia 5 Bulan

Saya telah dilahirkan di Megat Dewa, Kedah pada 19 Mei 1988 dan telah mendirikan mahligai impian dengan suami terchenta, Izzuddin Shah bin Kamal pada 9 Februari 2013. Hampir setahun mendirikan rumahtangga, kami dikurniakan rezeki yang tidak ternilai. Kelahiran cahaya mata yang pertama, Muhammad Haziq bin Izzuddin Shah pada 7 Februari 2014, seorang imam muda yang ternyata memberikan sinar dalam keluarga kecil kami. Hadiah anniversary pulak tu.

Saya ni hidup nomad. Banyak merantau mengikut keluarga disebabkan pekerjaan abah sebagai seorang anggota polis. Sebab tu, walaupun lahir di Kedah, tetapi saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Convent Lebuh Light, Pulau Pinang (1995-1998) sebelum mengikut keluarga yang berpindah ke Terengganu. Di sana, saya telah bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tengku Ampuan Mariam, Terengganu (1998-2000). Seterusnya, saya meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, Terengganu (2001-2005). Pada tahun 2006, saya telah ditawarkan ke program Diploma Fisioterapi di UiTM Jalan Othman, Selangor dan telah berjaya menamatkan pengajian pada 2009. Kini, saya menyambung kembali pengajian saya ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi dan kini tinggal 2 semester je lagi untuk menghabiskan pengajian. Fuh. Berpeluh beb bila belajar secara PJJ ni. Jadi, kalau anda berniat nak sambung study, silalah buat full time. Hihihi.

Bersama rakan sekelas, Batch pertama E-PJJ Bachelor in Physiotherapy. Kelas bersama Tn Hj Bahaman Jamaluddin, kelas Therapeutic Exercise

Bagi yang belum tahu, saya adalah seorang fisioterapis di International Islamic University Malaysia (IIUM), Kuantan Campus dan mula berkhidmat pada tahun 2009. Kira sekarang ni dah hampir 8 tahun saya berkhidmat. Fuh. Dah lama rupanya. Rasa macam baru semalam je report duty. Hehehehe. Selama hampr 8 tahun ini, memang tersangat banyak pengalaman dan ilmu yang telah saya peroleh. Di bawah bumbung Department of Anaesthesiology & Intensive Care, saya telah di tempatkan di Multidisciplinary Pain Management Unit. Unit ini merupakan satu bidang perubatan baru yang lebih khusus dalam menangani pelbagai kes yang melibatkan sakit kronik.



Bidang perniagaan ini merupakan satu bidang yang telah lama saya minati. Saya mula berniaga dari zaman kanak-kanak. Tolong hantarkan kuih yang mak buat ke stall dekat dengan rumah, jual sir soya panas dari rumah ke rumah, sampai la bila dah kerja saya jual tudung di pejabat pulak. Tidak lama selepas itu, saya mencuba perniagaan servis percetakan yang bermula pada tahun 2012. Alhamdulillah perniagaan ini masih berjalan walaupun tidak terlalu aktif seperti sebelum ini. Dan yang terbaru pulak, saya juga menjalan bisnes emas online. Beli emas dapat emas. Haaaa.. Best kan?

Salam Perkenalan, Percetakan
Bisnes Percetakan. Ini Projek Printing untuk Raya 2016.
Projek Raya 2016. Kek Lapis Sarawak. Resepi Asli Orang Sarawak. Memang Marvellous. 

Bisnes Emas. Beli Emas, Dapat Emas. Dan Bisnes Ini Lebih Menekankan Kepentingan Simpanan Emas. Separuh Keuntungan Dari Setiap Perniagaan, Saya Tukarkan Kepada Kepingan Emas.

Bisnes dengan Shaklee bila pulak?


Bisnes bersama Shaklee pulak bermula pada tahun 2013. Pada awalnya, saya cuma menggunakan produk ini hanya untuk kegunaan sendiri, akhirnya menjadi salah satu cabang perniagaan sampingan saya setelah merasai sendiri kebaikannya. Jadi, bagi saya benda baik haruslah dikongsikan. Betul tak?

Dan disebabkan penglibatan saya secara langsung di dalam perniagaan, saya mula memilih hobi yang bersesuai sebagai bakal usahawan berjaya, iaitu membaca. Bacaan yang selalu menjadi pilihan adalah jenis motivasi serta perniagaan. tidak kurang hebatnya pembacaan dari bidang kesihatan dan kecantikan. Ternyata begitu banyak ilmu baru yang akan kita dapat kerana bidang kesihatan ini agak luas bidangnya. Malah, topik yang lebih ringan seperti topik kekeluargaan, rumahtangga, dunia jahitan dan masakan juga akan menjadi tatapan di kala hujung minggu. Sebenarnya, lagi banyak kita membaca, lagi banyak ilmu yang kita dapat. Tidak kira pembacaan itu dari buku atau penulisan artikel di internet. Banyak yang boleh kita manfaatkan dan kongsi bersama teman-teman yang lain.





111 Formula Tarik Rezeki adalah antara salah satu buku yang akan sentiasa saya ulang tayang dari kulit ke kulit selain daripada buku Mudahnya Menjempur Rezeki karya Ustaz Fathuri. Setiap tulisan dan ayatnya memang membuatkan kita tersentap dan terjaga dari lena yang panjang. Sebab itu, saya sangat suka membaca buku-buku berunsurkan motivasi seperti ini. Sangat sesuai untuk dihayati oleh golongan manusia yang selalu buat kesilapan dan terfikir tentang dimana silap kita sampai selalu tak cukup duit. Dan sesuai untuk golongan usahawan kerana banyak formula yang kita semua boleh usahakan dalam menjemput rezeki dari-Nya.

Akhir kata, salam perkenalan dari saya buat anda semua. Sekiranya anda ada sebarang persoalan dan pertanyaan sama ada dari segi kesihatan, kecantikan atau apa saja, boleh hubungi saya. Insha Allah saya akan sedaya-upaya membantu anda merungkaikan setiap permasalahan yang ada dengan izin dari-Nya.

Dan, sekiranya anda berminat memulakan perniagaan dan membuat bisnes tetapi tiada idea, boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan seperti di bawah.



=======================================================================
Pengedar Sah Shaklee Kuantan, Pahang: 

Syazwani Tajidin(Shaklee ID: 926187)

019-2508903
(WhatsApp/SMS)

COD: Bandar Kuantan, Bandar Indera Mahkota
Pos: Penghantaran ke seluruh Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Popular